Selasa, 23 April 2013

Alhmdulillah

19 April 2013..kalau di Perak aku da dpt cuti :). Alhmdulillah Allah masih dberikan aku kesempatan untuk bernafas di bumi ini sbg khalifahNya. Smoga aku senantiasa mendapat limpah rahmat keberkatan Allah dlm menjalani kehidupan ini. Smoga aku menjadi anak solehah yg senantiasa menggembirakan dan menyenangkan hati ayah bonda serta kekanda2, guru2 serta sahabat2. 



Ya Allah ya tuhanku, jgnlah sesekali aku menyakiti serta menghampakan haraan ayah bonda ku. 
Jadikanlah aku adinda yang sentiasa taat dan patuh kpd kekanda2ku
Ya Allah peliharalah aku dari segala fitnah dan nista dunia.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan ya Allah permudahkan lah aku dlm menempuhi 
segala cabaran serta dugaan ini.
Ya Allah hanya kepadaMu berlindung 

p/s : Alhmdulillah syukur dgn nikmat Allah, aku diberikan ayahbonda yang penyayang, kekanda2 yang bmurah  hati, guru2 yang berhati mulia serta sahabat2 yang memahami sera bertimbang rasa. Rezeki yang Allah kurniakan bukan sahaja berbentuk material, tetapi rezki juga dtg drpd pelbagai cara. salah satu daripadanya adalah dikelilingi oleh org2 yang sgt menyenangkan dan berhati mulia. Ya Allah aku bersyukur dgn rahmat dan keberkatan yang telah dikurniakan..

Terima kasih kpd geng sayur :)

Isnin, 15 April 2013

Assalamualaikum wbt


Sudah terlalu lama aku menyepi..rindu yang terlalu mendalam untuk mencoret kisah hidup di sini...password untuk ke sini pun aku da lupa.kemain payahnya nak ingat smula.alhmdulillah dpt juga aku jejaki...aku terbaca coretan sblm berhijrah sementara ke Welly..ada juga perkara2 yang aku telah hampir terlupa....sumer itu kenangan yg terindah...
 
Sejak pulang dari menjadi tetamuNya, aku berusaha sedaya untuk mengawal rasa "terkilan". Dugaan itu bertimpa2 tp aku percaya Allah maha mengetahui sgala2nya...tp petang td selepas mesyuarat P, hati ini sungguh terkilan dgn tindakan pihak atasan. gelodak jiwa yang sebelum ini aku simpan da tak terbendung lg.akhirnya aku tewas dgn amarah...cuma nasib baik aku xkoyakkan surat itu di hadapannya....yaAllah ampunkan lah aku, aku hambamu yg lemah...
 
kita berkerja bukan untuk menunjuk2 dan bukan untuk mendapatkan penghargaan, aku fikirkan kerja itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan demi sesuap rezeki yang halal. tp aku manusia, sekiranya di henyak2 dan kesalahan orang lain dihempapkan ke atas kepala aku, aku sudah tidak mampu menanggungnya lg. Bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang sehat untuk berkerja sekiranya terlalu byk ketidak adilan dlm setiap urusan...
 
Tatkala ini, rindunya aku untuk kembali ke sana..perasaan ini tak pernah pudar walaupun sudah hamper 2 bulan berlalu. rasa tenang yang tiada penghujung... kemanisan yang tidak terungkap dgn kata2...hanya air mata yg mampu mengalir berdoa smoga aku, emak dan abah serta along, angah, acik dan ateh dipanggil lg untuk menjadi tetamuNya. Amin
 
 
 


 



 
 
"Allah tahu .........apa yang terjadi
Antara kau dan aku"

InsyaAllah jika berkesempatan aku akan kembali menulis di sini...smoga Allah berikan aku kelapangan

Rabu, 7 November 2012

I'm not alone

Assalamualaikum wbt.
 

Selasa, 12 Julai 2011

Kehidupan




Terasa malas yg amat...asik mengantuk ja.....
da lama aku tinggalkan "coffee" sejak menjejakkan kaki ke bumi tumpahnya darah. arini baru minum satu tp kepala aku dah weng.waaa cepatnya kesan....

Takda apa yg hendak dicoretkan.sumernya berserabai kusut masai...yg nyata hanyalah kerinduan.bak kata kawan2 lain yg tedahulu meninggalkan Welly...rindu...masuk minggu ke 4 rindu tu semakin mendalam...rindu pd sgala2nya...benar lah...manusia tak pernah bersyukur dgn apa yg diberikan...Nauzubilllah..smoga aku dan kita dijauhkan dari golongan itu...

Slagi ianya bernama kehidupan, setiap fasa punyai tempuh nya tersendri dan pasti nya pabila kita beralih ke fasa kehidupan yg berbeza byk perkara perlu di urus dan dselesaikan. Walau apapun aku bersyukur dgn limpah rahmat yg telah di kurniakanNya. Rezki yg Allah kurniakan kpd kita itu bukanlah hak kita semata2..ianya mungkin juga hak org lain tp kita hanya sebagai perantara. Oleh itu redha lah, dgn itu hati kan lebih tenang. kehidupan itu sungguh manis dan hanya org2 yg bertakwa syukur ke atas nikmatnya sahja dapat merasai kemanisan itu... byk perkara yg berlaku sama ada baik atau buruk dan sebaik2nya di jadikan sbg panduan buat dri kita.

p/s: jgn lak aku mengidam apa2 dr Welly sudahlah......

Jumaat, 10 Jun 2011

Bertahan...

Rindu untuk meluahkn kata tp apakan daya masa tak mengizinkan..mlm ku dipenuhi "mimpi erk"...
smoga yg dhajati tercapai...bertahanla hati..insyaAllah...

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku ............

Isnin, 9 Mei 2011

Muhasabah dri


~Vanda mimi palmer blue~


~Vanda pachara delight~



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…


Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

p/s bertabah la wahai hati......

Rabu, 2 Mac 2011

Pengalaman

Coretan pd hari ini aku kira akan menjadi pengalaman buat aku semasa menghabiskan sisa2 perjuangan di bumi nz.

seperti biasa setiap hari slps solat asar mak akan 'kol' aku. itu adalah panggilan terakhir setiap hari..hari smlm dan sebelumnya juga kerja sekolah seperti biasa..masih byk pembetulan dan juga benda2 baru yang perlu aku selesaikan...da berapa kali aku bilang pd dri sndri buat 'backup' untuk setiap hasil kerja..tp setiap hari dan setiap jam ada saja chapter2 yg perlu dbetulkan serta ditambah kandungan perbincangan dan sebagainya...hati aku terdetik untuk trus 'copy' folder endnotes ke dlm 'hard disc' aku yg dibawa ke hulu ke hilir....slps kejadian menimpa CC aku rasakan kami sumer di welly semakin dan sepatutnya lebih berhati2...tp smlm sblm sempat aku berbuat demikian..tiba2...

selepas saja putus perbualan aku dan emak..tiba2 bilik aku bergoyang..lampu2 sumer bergegar dan aku dapat rasakan ini bukan gegaran biasa...yaAllah..Allah saja yg tahu perasaan aku ketika itu...aku di tingkat 6 keseorgan..semua telah pulang memandangkan telah pun pkul 10.00 mlm (5.00 ptg waktu malaya). aku kaku sebentar' panik dan apa yg terlintas dlm kpala hanya lah hard disc aku..trus aku rentap tarik beg dan kuar menuju ka tangga. aku harap sgt sampai ka tingkat bawah secepat mungkin...mcm2 dlm kpala aku fikirkan...dan sumer blaku terlalu pantas..angin pula begitu kuat menhasilkn dgn bunyian yg menambahkan lg resah hati aku..

2-3 minit slps reda gegaran aku dpt panggilan dr Jah. aku masih dlm bangunan schul dan betullah apa yg aku rasa sebentar td...saat ini tgn aku masih menggeletar..aku istighfar byk2 tanpa henti..rasa yg xdpt aku ungkapkan disini..kami bertanyakan keadaan masing2 dan putuskan perbualan untuk seketika untuk melihat perkembangan. Kata jah sumer flatmate telah keluar dr bangunan..memandangkan aku melalui jalan belakang hospital tiada dpt aku melihat apa2melainkan jln yg sunyi dgn tiupan angin yg amat kuat..sesampai depan bangunan hostel aku lega keadaan seperti biasa tetapi kedengaran riuh rendah..sampai di tingkat 7 aku bjln menuju ke bilik aku ramai yg berkumpul d bilik tv. dlm hati pasti mereka tgh berbincang psal gegaran td. Jah kembali hubungi aku dan nyatalah gegaran td berukuran 4.5 skala richter melalui Wellington dan turut sama dirasai oleh mereka di utara pulau selatan. dgn pantas aku gapai hp dan msg ka ateh dan tengku d malaya....aku slamat dan doakan aku.

kebetulan pula ke2-2 lampu di bilik 'mati'..hati makin resah..beg yg telah tersedia ubatan n makanan serta document penting perjalanan yg tersedia disisi katil segera aku gapai dan trasa berat skali. dlm gelap aku capai satu lg beg dan trus masukkan kesemua kandungan td ke dlm beg yg agak ringan..lama aku tarik nafas dan istighfar di atas katil. aku masih lengkap berpakaian dgn tudung dan kepala aku sungguh sakit. aku berbalas msg dgn Jah serta ateh d an tengku d malaya. Pesanan aku slamat dan jgn risau itu yg penting. Aku risau jika tidak dberitahu kejadian akan blaku seperti minggu lps sebaik sahaja mereka mendapat maklumat tentang gempa yg menimpa CC. sepanjang mlm aku xdpt lelapkan mata bila telepon aku asik berdering dan bertimpa2 msg masuk. (trima kasih pd sahabat dan saudara mara yg mengambil berat). aku kesiankan mereka..dan aku paham apa itu rasa risau dan aku xmahu mereka dibebankan dgn perasaan itu...

Jam telah menunjukkan 12 mlm dan aku perlahan2 mbaringkan badan di atas katil usang yg telah pun bersama aku 3 tahun...aku hela nafas sambil tanpa henti beristighfar dan berdoa. aku perlahan2 berckp pd dri sndri. Jgn panik dan terlalu emosi..Allah sentiasa bersama hamba2Nya. sumer nya telah tertulis..kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Ajal maut ketentuan Allah.. Aku redha atas semuanya jika itu yg terbaik untuk aku. Aku lelapkan mata dan masih kedengaran bunyi angin yg kuat diluar sana..kata dlm hati ku..slagi katil ini tidak bergoyang aku kan baring merehatkan minda serta bdan yg telah seharian aku gunakan..Alhmdulillah masih mampu melihat Welly yg aman dan tenang pd pagi ini. Alhmdulillah kami di Welly masih Allah lindungi dan setiap tulisan aku pd hari ini xkan ku lupa selagi aku masih bernyawa...

kepada meraka yg terbaca atau membaca coretan ini, samalah berdoa smoga Allah sentiasa melindungi kita dari musibah dan becana walau di mana kita berada. maafkan aku jika ada coretan yg mengguris hati atau sbgainya. ini hanyalah luahan hati semata-mata. Jam menunjukkan pukui 10.44 am (5.44 pagi malaya). sudah masanya tuk aku berhenti dan meneruskan perjuangan yg belom selesai.....

Tiada apa yg aku pinta kecuali keselamatan dan permudahkan lah sisa2 hidup ku ini di bumi Welly. YaAllah lindungilah aku dan kawan2 ku serta semua muslimin dan muslimat yg berjihad d jalan mu YaAllah...

Khamis, 17 Februari 2011

Jiwa

Da lama bsawang...tapi bila rindu bertandang ku gagahi jua tuk menulis walau sepatah dua...
ku pohon padaMu yaAllah berikan aku kekuatan menghadapi saat2 getir yg kurasakan kian menghimpit dan ku pohon padaMu ya Allah..permudahkanlah setiap urusanku dlm jihad ini
serta tenangkanlah hati dan jiwa ku, supaya dapat ku nikmati dan hargai setiap detik yang ada....
smoga aku dtempatkn dlm golongan yg drahmatiMu sepanjang masa




aku rindu padamu ibu....

Jumaat, 1 Oktober 2010

Looking forward

arghhhh aku tgh stress....sib baik ternampak ni...

Khamis, 9 September 2010

Salam Aidilfitri

Selamat hari raya n maaf zahir batin buat mak abah, along, angah, achik, ateh n anak2 buah...esp dadam n aliff...nana, kngah, abg n kujiq...dan xlupa juga buat tokwan yg jauh d malaya...
begitu juga buat rakan2 n sapa2 yg terbaca entry ni....

Nz raya esok...da tahun ke -3 disini tp ini adalah kali pertama aku beraya d perantauan...baru ja siap masak rendang...da 2 tahun beraya d malaya..tp tahun ni aku beraya d sini..bukan d welly tp di Dunedine.....

badan penat n hati aku trasa....jd xbyk yg aku rasa boleh dtulis...cukuplah sekadar d pinggiran..

Selasa, 29 Jun 2010

Sepetang d lower hutt



tenang dan nyaman....perasaan yg xdpt diungkapkn

Rabu, 23 Jun 2010

Mamat lg

lg mamat machoo..jumpa kat 91 kelburn...apa entah namanya..berat sgt dia ni..comelll.... ('',)

Ahad, 20 Jun 2010

Mamat Riley

da lama aku kenal mamat ni..da lama juga aku ala2 tpikat ka dia..ekkeke...geram sungguh...da lama aku nak pegang2..tp susah btul..lg pun dia besar yang amat.garang plak tu..ada la sesekali aku balik lewat dia lah yg duk menjaga pintu..ini lah mamat kesayangn manager hostel aku..mamat ni bernama Riley..urghhh sungguh machoo...aku rasa sumer kucing2 kat sini mmg besar..besar dan gebus2 gitu...layan ja la ke machooan nya ....


mcm xda mood ja..masa ni da lewat mlm..aku jumpa dia duk tdoq baik punya bawah kerusi..jual mahai lak bila aku nak amik gambar dia...

mmm tgkla..garang dia..nak geget aku lak..sbb nya aku duk tekan2 hidung dia..ekekke..aku ni xleh..asal jumpa kucing ja nak ja penyek2 hidung kucing tu..entah laa..suka wat g2..alaa xsakit pun..aku bkan wat kuat2..slow2 ja..tingin nak penyek2 idung harimau..besar...best!


skali lg dia wat muka bosan..ekekek....geram ja aku nak pelok2..tp dia garang sgt..aku xbrani....

Jumaat, 18 Jun 2010

Winter ke -3

Rasanya kwsn ski d Mt. Ruapehu da dbuka. tp masih on off..xstabil...da 2 tahun btrut p..tahun ni pun nak p tp...kuat ja hati aku berbisik..cukuup2la ap...tahun ni kerja byk sgt..jgn duk men2 lg..huhuhuhu...jd tuk lepas kn kerinduan aku letakja pic tahun lepas kat Whakapapa....trip main ski hanyalah sehari (jimat masa,duit dan yg penting seronok!)


berada d puncak...sama level dgn awn? awn?


skrg da masuk Rejab. kat sini da pun 5 Rejab.aku xpasti dgn malaya..sama ka atau da 6? kpd mereka yg berpuasa, ap ucapkan slamat berpuasa dan smoga kita berada dlm limpah rahmatNya. 2 hari lps aku ada discussion dgn pakcik..biasa kejap ja..tp kali ni lama lak plak..aku da kering mulut gusi sumer da..masuk2 blik office aku tinggai lg 10 minit tuk berbuka (mahgrib semasa winter lebih kurang dlm pkul 5 ptg). jd aku panaskan la bekal dan sediakan air..aku duk kacau2 air tuh..sambil duk belek2 journal..bsedia untuk berbuka..tiba2 aku trasa bibir aku panas..masyaAllah...aku da p minum air..sumernya mcm luar kawal ja..dan aku da telan pun..aku rasa cam bermimpi..aku lama diam pk..aku puasakan? nape aku minum air? cuma sib baik seteguk 2 ja..uwaa...masa tu tinggai 2 minit lg nak berbuka..aduhaii parah..aku xsengaja..harap2 Allah masih menerima ibadah aku pd hari tersebut (dan hari2 seterusnya).amin

citer lain pula, ini pisang tanduk kan? tinduk ni agaknya bahasa indonesia tak? klau betul..mmm camna bahasa indonesia boleh sampai ka cni..digunakan lg...bahasa kita? org kita sndri xnak guna! sungguh sedih. (aku akui, bahsa melayu aku pun xbagus...)

Khamis, 10 Jun 2010

Mungkinkah beku terakhir

ihsan dr babeh (dublin, ireland)...
swan da nak dkat perahu tu..sket lg nak sampai..mudah2an

rasa penat sgt2. dah dua mlm aku sesak nafas..rasa sakit sgt dada ni...mlm kemarin da sapu2 minyak n minum eno halia..lega sket.tp smlm mmg xjln langsung...sambil duk sapu2 minyak tu aku nanes2.biasala wat drama sket...tp smlm sakit betul...sampai tlena aku.. aku xtau sama ada ianya terlampau sejuk atau sbb lain. da sampai bilik jd mcm tu...mmm harap2 mlm ni aku sehat.

aku tingat kata mak..benih yg baik walau dicampak mana2 pun tetap akan hasilkn induk yg tbaik...walau kemarau hujan ribut tetapla dia btahan..walau tdak dbaja..pepandailah dia serap dan menukarkan galian yg ada utk dgunakan sbg gantian baja...trus hidup dan akhirnya berbunga, berbuah dan dpt memenuhi keperluan makhluk lain..punya daya tahan yg kuat...gagah harungi walau apa jua mdtg.

p/s : dgn kata lain..mak nak aku jd benih yg baik itu..kesimpulannya aku rasa walau apa keadaan skali pun hanya kita yg berhak tentukan dmana kita patut berdiri! (dgn izinNya)

Sabtu, 5 Jun 2010

Separuh jiwaku pergi

Mentari ku nanti tak kunjung tiba
kuharapkn hadirnya bulan pula
tanpa jemu ku nanti ia menjelma
menerangi aku setiap purnama
tapi sayang yg ada bayangan cuma

hadirnya bintang tanpa ku duga
kecil kilauan tetap mpersona
temani aku sepanjang lara
namun aku manusia alpa
kerdipan itu tak kekal lama
tinggalkn duka yg xterhingga
buat diri ini merana

mengapa dan kenapa
pergimu tanpa pesan dan tanda
tinggalkan aku bserta tanya
bukankah itu kejam namanya!



Download video clip Anang Separuh Jiwaku Pergi

Isnin, 31 Mei 2010

Kemaafan


Sungguh sukar tuk aku maafkan dia. dari saat dan detik itu hatiku sntiasa sakit dan slalu sakit. xpernah kurasakan sakit yg sebegitu.. ateh kata, maafkan dia...dan kesakitan tu kan hilang dan aku kan tenang..then aku bgtau dri aku supaya maafkan dia..ya lah betul kata ateh..aku dpt rasakan ketenangan itu..tp kenapa..sakit tu masih ku rasa bila aku teringat kisah itu..adakah aku masih blom maafkan dia? atau kemaafan aku itu hanya pd bibir...x ikhlas? atau kemaafan dendam yg terindah? owhhhhhh .. biarlah apa pun.. aku kena sambung keja..xkuasa da nak melayan pa rasa ni...aku mcm biasa sentiasa busy..tp xda la busy smata2 dgn keja sekolah aku.ada juga urusan2 lain tp bukan fb..xtau la kenapa..tp aku xsuka..sbb aku suka privacy! tp terpulang lah..kdg fb pun nagus..bole jumpa kawan2 lama. yg xbagusnya bila depa duk tanya benda yg sama..heheheh...bila dan bila! aku pun xtau bila, mcmana aku nak jawab da sumer tu sumernya dr Allah smata2...kan..kan...

berbalik pd bab maaf xmaaf ni. yalah, sapalah aku xnak maafkan dia. cuma sakitnya ja aku rasa..da luka dlm..parut masih la ada..klau dikorek2 mahunya bdarah smula..adat la tu kan..xpa la.pa yg aku tahu,mak pesan.apa2pun yg penting kita jgn buat org..klau org nak buat buatlah..kita cuba sdaya bertahan...tp mampukah aku yg xsabar ini bertahan? hohohhoo..ya la umoq pun nak btambah rasanya aku nak cool ja skrg..entah la..jgn kacau idup aku..sbb aku xpernah kacau pun idup sapa2 kecuali idup along,aangah,achik, ateh dan makabah..bukan kacau membawa duka..tp kacau aku mbawa bahgia...

tba2 ja aku terpikir sejuk2 gni kan, pa kan jd klau aku rasa nz ka malaya itu mcm jelebu ka kotabharu.dari segi tambang dan juga jaraknya..huuhhuuhuu...xka haru g2! masih waras ka aku?

p/s : da banyak hari mksu xsehat.aku pun xtau mcmana keadaannya.ap harap awan kan kuat..smoga mksu cepat sembuh..ti sapa nak jagakan baby yg bnama awn tu...

Ahad, 30 Mei 2010

Aku rindu dia

aku rindu sgt2...aku rindu dia....

bdak kenit di atas ni mmg rajin orgnya..baru menginjak ke 4 tahun..klau aku mula nak siram orked..dia lah yg plg sibuk, kelam kelibut nak kuar umah juga nak trut siram..klau xkasi kang ngamuk dan paling teruk majok..(majok tu xtahan aku!xtahan pa..xtahan nak pujuk..sbb aku pun suka majok..cuma bezanya xdak sapa nak pujuk aku..ekekekeke). jd dadam salu teman aku siram orked ..masa siram patut 15 minit ja, tp bila dia ada jd hampir setengah jam..hehehe..dianya mmg rajin..klau aku kat dapor..dia juga la duk teman..duk main sebenarnya..tumbuk bwg pun dia nak buat..sgala hal la, apatah lg klau siang ikan..sibuk nak tgk..duk tanya apa tu? apa tu chuteq? dia suka memerhati...sapu lantai pun dia lah juga..bantu ibu masa dlm pantang dia lah juga..bahkan sumer2 la dia...tp biasalah kan..bkan nya bersih mana pun...tp aku biarkan aje. sbg pendedahan awal..eloklah dia blajar ringan tulang..cuma klau dia ber peel..kenala memujuk.kekerasan jgn skali2 dgunakan kut ya pun nak guna kenala btempat...kdg2 ber peel sbb nakkan perhatian..sejak dpt baby ni lg la..kerap sgt ber peel..kena memujuk dan terangkan sampai dia paham....memujuk yg ya ampun. pd aku.kdg2 walau aku pun xsabar (aku mmg bukan penyabar!) tp aku tahankan juga dek kerna syg...klau ada masa aku salu juga bawak dia kuar jenjln..naik keta saja pun jd lah..tp dia suka kuar minum air "oyen"(bahsa pelat..aku pun ikut sama ckap pelat..sbb aku rasa comel ja bahsa mcm tu!..), dia suka ikut aku n ateh p pasar.. p tgk ikan..p tgk kerang yg lidah terjelir..then dia tunjuk kat aku..kami sama2 gelak...dia suka tgk ikan keli siang yg duk gelupur tu.. dia suka tgk ikan besar2..ikan yu kecik dikatakan ikan jawss...heheheh....owhh sungguh comel...sume org pandang aku dan dia bila aku duk jawab setiap pertanyaan dia.sumer duk senyum2.x semena2 aku jd glamour g2...ekekek..mulutnya petah xbenti walau sesaat dtambah dgn telo nya tu.....dia suka sgt balik kpg sbb abahtok ada kolam ikan, ada laman luas tuk dia main2 lari...dia suka tgk2 ikan tu sume...klau dia kena marah ateh..mesti dia cari aku..nak sembunyi blakang aku..dgn harapan ateh xkan marah...heheheh.. pandai ja dia!

minggu lps ateh citer ka aku...katanya ada semut dekat pasu pokok2 orked aku. ..masa tu dadam duk kalut nak tgk semut tu sambil mulut xhenti2 panggil ibunya suh spray semut...tp siap pesan dgn ateh, "buu..sprey cemut2 ja, jgn pokok..klau kena pokok mati. ti chuteq mayah"....ekekekeke tau pun dia aku kan marah..klau ada orked baru..mesti dia sibuk duk acah2 aku...nak tumbangkan kan la mcm2 la..klau main bola dgn abg dia..mesti dia jeling2 tgk aku..konon2 nak sepak bola sampai kena orked aku..dia suka..suka acah2kan aku..tp yg aku sedih..acah2 dia slalu mbawa rebah..uwaaaaa....kang ada la spike orked yg patah..yg masuk longkang...uwaaaaa..jd tiap kali ada orked baru aku salu pesan dia..jgn men2 dekat orked chuteq..nanti patah xkuar bunga..pokok nanes..(padahal aku yg nanes klau spike yg patah!huhuhu)...dia sengih2 meng'ia kn...(rasa2 boleh ka percaya dgn muka dia yg nakai tu!!)

tiap kali webcam n borak hujung minggu salu aku tanya..dadam ada siyam orked chuteq x? kdg ada la katanya..kdg katanya xreti..heheheh..mcm2..la alasan dia.masa aku siram ngn dia..aku kan kasi air dlm bekas kecik..suh dia siram slow2..satu2..klau dgn ibunya yg asyik sibuk manjang mana sempat nak buat g2...tp ateh kata..dia la jgn duk sibuk klau ateh duk siram...owhhh...aku rindu..aku rindu sumer tu.. aku rindu masa aku bersama dia...mcmana ya....
dan yg plg aku xlupa..masa ke klia utk hantar aku..dadam peluk aku n xnak lepas..katanya nak ikut aku dtg nz sama..aku yg mulanya control macho masa tu..da xdpt ttahan lg dah..sah2 la hujan ribut kilat petir trun sama....masa dlm train ateh kol, kata dadam nak ckap..masih duk kata nak ikut aku...mmm sakitnnya perasan aku masa tu..tp xpa la..insyaAllah xlama..ti tahun depan chuteq balik daaa ya.. nka p mana2 chuteq bawa adam skali!


Dadam da dpt baby 23 March yg lalupukul 4.18 ptg dgn berat 3.3 kg.. namanya ..Alif Mukhri..gambar ni masa aliff baru berumur 4 jam...ada iras2 dadam x? xda kan...warna kulit ikut ateh n haziq


skrg baby aliff da besar pun.bulat sungguh..da 6 kilo da pun..alhmdulillah sehat..geram aku tengok!

Dadam & baby aliff

p/s : adam suka ikan kan..ti ada rezki insyaAllah chuteq watkan satu kolam ikan tuk adam ya....ti kita kasi ikan makan sama2 ya....chuteq rindu dadam sgt2!