Sabtu, 3 Januari 2009

Mas cotek

aku mulakan n3 awal tahun ni dgn pokok emas cotek....(walaupun sumer org bcakap psai azam baru...azam aku simple ja..utk menjd muslimah yg lebih baik dan sentiasa memperbaiki dri utk kejayaan dunia akhirat...bykla plak klau aku nak tulis satu2 kan azam aku.. ekkeeke..jd lebih baik aku cakap psai pokok ni...

aku mula tanam pokok ni mula tahun 2005. tumbuhan herba tu pun kawan mak yg kasi, memandangkan aku ada kat umah masa tu, jd mak suh la aku tanam.sb kata mak tgn aku sejuk...apa yg aku suka psai pokok ni buahnya, namanya pun unik. lama kelamaan aku jd berminat tuk wat research psai pokok ni. lama juga mengumpul maklumat sampai la satu hari aku ternampak tentang minuman mas cotek masa duk jogging kat tasek shah alam. Ianya bmula dgn lebih serius slps lawatan aku ke ladang mas cotek EN d Klang dlm 2006. proses seterusnya adalah pengenalpastian spesies di FRIM. Masa tu penat la juga ke FRIM, berulang alik dek kerna hilang sample dan mcm2 lg..akhirnya aku sndri trun ke sana jumpa ngn pegawai yg terlibat.Lebih senang kan..hasil dr komunikasi yg bkesan, ekekekek…dandan tu juga depa wat pengenal pastian sp…

Secara am nya tumbuhan ni terbahagi kpd 3 jenis, jika klasifikasi adalah berdasar kan kepada saiz daun, iaitu kecik, sederhana dan juga besar. klau diikut kan spesiesnya punya la byk. ada juga yg mengklasifikasikan sbg jantan betina..jantan biasanya mempunyai saiz daun yg lebih kecik berbanding betina..dibawah daun nya pula terdapat tanda kecik berwarna hitam da bawah daunnya pula kelihatan seakan2 warna emas..itulah sebabnya pokok ini di panggil mas cotek. Cotek tu = sket kut. xreti lak aku nak huraikan maksud cotek..muahahhahaha.. aku xleh nak describe byk2 sbb kang salah maklumat habis aku..lgpun aku bukan botanist..klau nak secara terperinci boleh p google cari. Jom kte tgk spesis tersebut


ini spesies berdaun kecik atau saintifiknya dikenali sbg Ficus deltoidea var angustifolia

ini spesies berdaun sederhana atau saintifiknya dikenali sbg Ficus deltoidea var trengganuuensis

ini pula spesies berdaun besar atau saintifiknya dikenali sbg Ficus deltoidea var kunstleri


Nak dijdkan citer tahun 2007 dlm bulan 3 ka 4 g2, sempat ikut rombongan fak p ke taman negara atas misi uni. sonok sgt..menghayati tumbuh2an.suka la aku dpt naik bot..p redah utan.tgk cam2 jenis kulat, pokok, burung..byk la yg menarik... dpt tgk bunga petai..cantek..ekekeek..cam xpercaya ja tu adalah bunga petai....last time aku p taman negara ngn ayahanda taun bila entah lupa daa...sonok juga..aku mmg suka la masuk taman negara. tingin nak p BELUM...dan ada satu lg kat sabah tu..aku lupa dah..lembah danum ka apa entah...tingin sgt nak p.

mmm nak jdkan citer, masa kat taman negara tu ada sorang pakcik ni namanya pakteh ktaorg panggil...dia la yg tahu selok belok tempat tu n dia juga la jd perantara kami ngn org asli. nak cari pokok len senang,ctapi aku nak cari mas cotek..punyalah susah...sib baik la aku kamceng ngn pakteh (aku rasa aku senang bkomunikasi ngn org2 veteran.pangkat ayah atau tok2 ni.meka byk pengalaman..dan aku rasa meka pun senang bkomunikasi ngn aku..aku rasa la kan...)..dia usahakan juga aku mencari mas cotek..sbb org kat situ xpanggil mas cotek..dia panggil nama len...aku da lupa da...penat p cari..xjumpa..da la naik perahu tu..pas2 lalu satu kawasan yg sunyi amat..takunya aku masa tu..air tu cam tempat air ada buaya...huhuhuhu....tenang...gelap airnya tp jernih..bole? entah apa2 ja aku describe kan..hahahahah...lalu situ lak lebih ngeri bila ada sekor biawak mati duk terapung...masa tu mmg aku diam ja...mulut kumat kumit duk baca mcm2 ayat..sumer ayat kuar masa tu.

pakteh yg da biasa, gelak ja tgk aku..sempat lak dia offer aku lunch..makteh bekalkan dia..kebetulan masa tu musim durian. makteh buatkn tempoyak..pehhhh sedap nya.(aku xpernah makan tempoyak sblm ni sehingga la ayahanda yg ajaq aku makan...kat taman negara juga..masa tu makan gulai masak asam kesum tempoyak ikan patin..waaaaaaaaa best sgt2..makan ngn teluq dadar!sedappppp...sejak hari tu aku da bole n pandai makan tempoyak..tp klau tempoyak mentah2 aku masih terkial2 juga..hehehe).da la lapo...heheehhehe...dia share lunch dia ngn aku sama KA.cari punya cari ternampak lak orked.... pakteh tunjukkan aku orked telor..katanya orked ni harum sgt2..huhuhuh..tp tinggi sgt masa tu..xleh nak amik.(sebenarnya aku tingin sgt orked telor tu.huhuhh,ralat ja rasa.pakteh kata nanti dia ambilkan..bebila la.biasanya orekd hutan senang nak dapat bila tengkujuh..masa tu orked biasanya hanyut..dibawa arus...pakteh kata hujung taun ni dia amik n simpan.taun depan aku mai la lg..sesambil tu amik la orked tu skali. tp masalahnya aku da duk sini skrg..camna pakteh nak kasi..huhuhuhu)mungkin xda rezki la tu..camna entah akhirnya aku jumpa juga pokok yg aku idam2kan.alhmdulillah..sib baik la plak org yg bawa bot ni pandai memanjat..tinggi tau..gerun sungguh aku tgk...aku masa tu mmg xleh nak bangun even gerak pun aku xnak..sbb aku takut...huhuhuh...so tgk la gambar kat bawah ni camna org yg bawa perahu ni panjat pokok2 len tuk dapatkan mas cotek..pokok ni sebenarnya saprofit..idup menumpang..besar bangat pokoknya..




dan nilah mas cotek liar..besar sungguh daunnnya..lebih tebal dr biasa. Tp ruper2nya ia adalah spesies yg sama dgn mas cotek yg ditanam yg telah dikatogerikan dlm daun besar. Byk sebenarnya pokok ni yg aku bahgi2kan kpd rakan2..tambahan pula spesies liar ni lebih senang tuk membiak. Cucuk ja dlm tanah dan kemudian mula la dia berpucuk….jd kat bawah ni pokok mas cotek liar yg aku dapati dr hutan temph hari..tgh subur di rumah angah…selain umah kat kpg,umah ateh juga ada 3 spesies mas cotek kat atas sinun….

bcakap psai ni, huhuhuhuu..mengingatkn aku kpd laporan yg perlu aku siapkan dan hantarkan kpd EN.huhuuhuhuhu xsompek aku nak tulis. Memandangkan KA yg bantu aku menyambung research ni, jd aku tgh menunggu laopran dr dia sblm aku antar kpd EN....huhuhuhuh..KA cepatla hantarkan aku report ni...



Inilah pokok mas cotek kat umah angah yg sempat aku snap tempoh hari…suka sgt sbb pokok nya gemok sgt2…siap berbuah..lebat lak tu…


Rasa geram je tgk pokok2 yg gemok ni…ekekekkee….aku puas hati sbb ada koleksi mas cotek ni..walaupun xbyk..aritu aku sempat hantar kan pd FRIM spesies mas cotek liar yg aku dapat dr taman Negara tuk FRIM jadikan koleksi. Di FRIM lg byk jenis mas cotek yg ada..begitu juga dgn orked hutan..huhuhuhuuuu….best sgt2..peg kat FRIM tu sempat berikan aku benih pokok pa nya…yg bunganya warna putih yg bertukar kpd purple bila kena sinaran matahari…cantek sgt…owhhh..aku lupa, peg tu sempat juga berikan aku mas cotek daun yg berbentuk hati..tp disebabkan aku sibuk masa tu aku xsempat nak tanam pokok tu..jd aku letakkan aje d lab…dan akhirnya mati..huhuhuhh…syg lak bila aku kenang2….


kat umah mak juga ada byk pokok herbal len yg aku sndri xtau nama tp elok djdkan sbg ubat..misai kucing…pa lg ya..aku lupa namanya..cekur…nanti len kali aku nak ambilkan gambar n catat pokok2 herba yg ada dilaman bonda…best sebenarnya bercucuk tanam ni…seronok…kepuasan yg tiada bandingan nya…selain taman orked..aku juga nak taman herba…heheehhee…


**p/s: pakteh juga la bsusah payah amik aku sambil dtemani KA, bawak p ke rumah org2 yg byk koleksi orked. Dan aku beli orked pun kat situ la..huhuuuhhu…dr tempat aku ke pekan kuala tahan tu agak jauh..pakteh juga la yg usahakan dan bawa kami ke pasar malam summer..jln2 n ronda2 d pekan kuala tahan..eekkekeeke..…lps lawatan tu pun..pakteh masih kol aku bertanya khabar…sempat pesan blajar rajin2..tanya bila aku kan ke sini..huhuhuu da setahun lebih masa berlalu..bila balik nanti aku nak cari pakteh klau todak pun cukupla bertanyakn khabar…tingat plak aku pd pakteh…baik sgt orgnya..aku doakan pakteh diberikan kesihatan yg baik dan dpermudahkan Allah dlm smua urusan serta sentiasa mdpt rahmat drpdNya….amin!

Rabu, 31 Disember 2008

Happy Bday Mak

Selamat Ulang Tahun Emak yg ke 62


Hari ni pepagi lg aku da kol umah nak wish..mak tgh solat subuh..along yg angkat tpon. Along tgh bercuti..lega rasa hati sbb mak n abah berteman tambahan pula di hari istimewa mak….tahun ni xdapat aku bersama mak di hari ulang tahun nya…xpa..insyaAllah..lg 2 taun..bole aku teman kan mak smula…15 minit kemudian barula dpt bckap ngn mak..lps wish mak, aku sambung smula kerja2….


Aku tahu, coretan kali ini seolah2 membuka pekung di dada..ya lah aku kan dikata anak emak…mm xpa la. (aku mmg anak mak n abah lg pun kan…) aku xpedulik.apa yg aku tahu, aku mahu ia dicoretkan..ditulis disini. smentara aku masih bernyawa….luahan hati seorg anak d perantauan...ekekekek…setiap hari mendengar suara mak kdg belom cukup pd aku tuk mengubat rindu, kdg dlm sehari 2-3 kali kami berbual.ada ja nak dibualkan... tatkala aku rindukan mak, maka setiap mlm psgkan rakaman bacaan quran dr mak dan juga abah, maka dptlah aku mengaji bersama mak dan abah…..setiap mlm aku tdo bertemankan surah2 bacaan mak, aku tdo bertemankan kain mak…trasa mak begitu dekat dgn aku walau pd zahirnya tidak...namun aku pasti doa mak dan abah sentiasa dekat, bersemadi dlm dri ini ..Alhmdulillah, ia nya bkesan..(pd meka2 yg spesies aku ..bole la wat gni..ekekekekee)….berjauhan dgn mak merupakan suatu cabaran yg amat berat pd aku….tp aku tabahkan jua demi ilmuNya.


Saat aku sedih, tiada tempat yg paling menenangkan kecuali dlm dakapan mak, di saat aku lemah dan hamper tewas tiada kata yg menyenangkan kecuali mendengar nasihatnya dan kata2 perangsang drpd mak…sesungguhnya tiada kasih seindah kasih mu….kasih yg xkan pudar dan xkan dpt kucari ganti…setiap titik susu yg emak berikan telahpun sebati dan menjadi darah daging kami ber5. sehinggalah kami menjadi dri kami sekarang...menjdi hamba utk beribadah kpdNya...besar sungguh pengorbanan mak dlm membesar kami 5 bradik….tambahan pula utk membesarkan aku…anak plg muda sudah tentu byk peelnya kan..itu summer org tahu…akulah yg plg cerewet, degil, melawan, merajuk xsah citer la..silap sket mula la merajuk.klau xsilap pun klau aku nak merajuk..aku merajuk juga….tp jgn xpercaya adakala aku adalah yg plg baik (ekekekeke…kankan…) tp jarang sgt…bole kira ngn jari kut!hehehee..


Tanpa kasih syg dr seorg ibu yg ku panggil mak, aku along, angah, achik dan ateh xmungkin berada ditahap dimana kami berada skrg. Syukur yg xterhingga kupanjatkan pd Allah, atas kurniaan ini. Kami dikurniakan seorg ibu yang cantik, berhati mulia, penyayang serta penyabar, pandai memasak plak tu,…hehhehee….walau sejauhmana pun kami pergi tiada masakan yg sehebat dan selazat masakan dr air tgn ibu kami yang amat kami sygi dan cintai…Hjh Hasnah Hj Ahmad…….

Selamat Ulang Tahun ke 62 buat mak…Smoga Allah panjangkan umor, bderikan kesihatan dan dimurahkan rezki untuk beribadah dgn sempurna kpdNya. Aku mohon kemaafan dr mak atas segala kesilapan dan kkekurangan dri ini, insyaAllah aku cuba menjd anak yg baik....


Akhir kata SAYANG mak & abah selamanya……



**semua sifat2 yg elok dan terpuji tu adalah tunjuk ajar dr mak dan abah..dan mana2 sifat buruk itu adalah dtg dr dri aku sndri..huuuhuhhuuhuu....byk sifat2 mak aku xwarisi….bukan saja dr segi fizikal, bahkan rohani??…aku bukan seorg yg penyabar (ni ikut abah kut…hehehehhe)….mak mmg penyabar...berlainan ngn ateh…kebykan sifat mak ada pdnya..seorg lg superwoman yg aku kagumi..caiyuk2 atehhh….ekekekeee…smoga Allah jdkan kami ber5 anak2 mak dan abah yg soleh(solehah)..Amin


Jika

Jika suatu detik nanti....



jika?.....anggerikpink

** babeh forwardkan pg td pd dear...

Ahad, 28 Disember 2008

Salam Awal Muharam 1430H


SELAMAT MEYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430H kepada semua pembaca Antara Hati n Perasaan Swans !

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi

d petik dr : www.iLuvislam.com

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya. p/s: jgn lupa bc doa awal tahun n akhir tahun...

Doa Akhir Tahun
Perlu dibaca pada waktu asar (sebelum maghrib) 30 Zulhijjah (28 Disember 2008).
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Awal Tahun
Perlu dibaca pada waktu selepas solat maghrib (28 Disember 2008)
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Selamat Tahun baru hijriah semoga kte berhijrah ke arah yg lebih baik dan semoga kejayaan kan menjadi milik kte berkat usaha yg telah ditaburkan...amin~ikhlas dr anggerikpink

Selasa, 23 Disember 2008

Baju & crystal

da lama nak wat entry ni...tp asik xsempat ja..bila duk buka file cari documents, tbukak folder ni langsung trus upload n wat entry :D

Baju d hari raya baru2 ni....xda niat lain tp sbg tanda trima kasih pd seorang sahabat....kain pemberian dr seorg sahabat ni dtrima di kpg pd awal ramadhan (klau xsilap). mak da siap p tempah jahit..aku cam biasa tunggu masa nak pakai ja..balik sumernya da mak siapkan...tp sbb raya puasa aritu aku demam, xdan nak pakai baju raya....jd aku pakaila baju tu kat sini sbg memenuhi permintaannya..."pakai pd pagi hari raya n p masjid". Tudung tu plak mak belikan supaya matching ngn baju tu..


crystal purple ni juga dr dia ..untuk hilangkan sakit kpala dan apa lg ya? da lupa daaaa....cantek..trima kasih byk2 :D


okies..nak sambung keja smula...ehhehehhhe ..byee...(ini entry plg cepat aku pernah buat..xlebih dr 10 minit...)

Ahad, 21 Disember 2008

Gp joran

sabtu lepas ada bbq dan gp joran di miramar.......malas ja aku nak tulis kat sini...cam biasalah kan...oleh itu hayati lah panoramanya...ekekekeke


hehhhee...1st time aku pegang pancing dgn harapan nak dpt ikan....xpernah pun letak umpan kat mata kail tu(payah rupa2nya kan)..heheeh..walaupun abah n along pakar pancing..yg aku tahu makan ikan ja..hahahhaa....aku harap dpt la ikan kali ni..heheheehe....tp harapan ku musnah...rasa pancing dipagut tp aku slow sgt nak tarik..hahahhahaa...bila tarik naik umpan da slamat tp ikan xda yg sangkut...ekekeke...




mmm baldi ssapa la plak ada kat situ...aku xpahsan pun...lps balik tgk smula baru pahsan...aiseh...
sbb kat sana sungguhla panas..tp sejuk..angin haii kuat sungguh..hasilnya...kulit aku tegang sgt2..nak senyum pun rasa cam payah..hidung aku plak sampai la ni lom benti menggelupas....mmm...da abess losyen aku tepek..tp xmo jln...aku lak bukan jenis bole sapu losyen sembarangan..tu yg payah tu...jd aku biarkan saja..pakai krim yg aku pakai sebelum ni ja...ngn pencuci muka sebamed aku tuh....

mm..tarikh aku ke sana pun da confirm, insyaAllah aku kan ke sana tuk 2 bulan, walau pd awalnya 6 bulan..penginapan n flight tiket sumer sndri..pocket money pun sama...tp xpa la..nak wat camna...mmm itulah nasihat aku klau nak cari sv, kriteria yg penting adalah grant! susah nak kata..masing2 ada cabaran dan dugaan nya yg tersendri..walaupun aku rasa berat sgt tp hujung nya alhmdulillah, Allah masih kurniakan aku ruang dan petunjuk tuk penyelesaian nya...cuma tpaksa bkerja kuat byk!!!!!

Rabu, 17 Disember 2008

Diri ini

Dapat lagu ni dr seorg sahabat d U*K, skrg pun tgh belajar juga ... katanya semasa ke workshop kat S semlm, dia dgr lagu ni dlm komuter, dia suka, n mungkin dia kata aku pun suka...sbb pa..sbb aku jiwang katanya...heheheh..bertuah betul...(abess tu..dia pun suka? dia xjiwang ka?hahahaahaa). jd dia emailkan aku lagu ni..bila aku dengar n tgk lirik ni...mmm sedihnya rasa....tp aku suka!

bulan december....bulan kelahiran insan yg amat aku sygi..... ateh(10), achik dan mak....dan anak buahsulung danish (9)...ateh dan danish da lepas...achik 20 dan mak 31.....mmm xdapat nak sama2 meraikan..hanya doa aku dr jauh mengiringi kalian..lagu ni aku tujukan buat mereka yang aku sayang.....ka depa yg patut tujukan pd aku..eheheheheh..mana satu ni ya?apapun selamat ulang tahun sayang mak....ateh,achik dan danish!

lagu ni mmg cam menyentap aku ja...huhuhhuuhuu..rasa cam ada sesuatu ja dlm lagu ni..uwaaaaaaaa..makin lama dengar makin parah lak aku jdnya..kata H, lagu ni purposely dibuat untuk aku...wakakakaka....nak sedapkan hati aku ka pa ni H?adesssss pakcik imran..awatnya nyanyi lagu gni..mendayu sgt....klau la betuiii kan ...haiii.....laghooo la Cik SAA niii....

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Aku hanya ingin kau setia
kerana setia yang mencipta bahagia mu

(gambar diambil smasa hari raya qurban d rumah EN)

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya ingin kau setia
kerana setia yang mencipta bahagia mu
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

dan akhirnya...ia mengalir lg..bukan membasahi pp da...da sampai meja skali basah daaa.....huuhuhuhu...bila nak benti ni? ****Jgnlah engkau x terbang pulang....uwaaaaa aku kan PASTI pulanggggg...xsabar ni nak pulanggg...