Jumaat, 3 Ogos 2007

La Tahzan


Jangan bersedih ; pilihla apa yang dipilih oleh Allah kepada kamu
`Jangan bersedih kerana masih ada yang sayang pd kamu

Jangan bersedih kerana aku yakin dan percaya ini adalah lah kiat-kiat bahagia kerana berkat kesabaran ini, atas sesuatu kejadian yang aku tidak sukai dan dalam menghadapi kesukaran ini adalah jalan yang akan membawa aku kepada kemenangan, kejayaan dan kebahagiaan.

Bersedih pada masa skrang amatlah merugikan aku kerana perasaan yang sedih boleh mengurangkan tenaga aku yang sebaiknya digunakan untuk memerah otak bagi mencari penyelesaian research aku dan pembelajaran aku nanti.

Buku ini sentiasa menjadi teman ketika aku bersedih. Hadiah dr boss kechik ini sangat bermakna pada aku. Sampai NZ pun aku akan bawa buku ni dan yang nyata kesimpulannya tiada siapa boleh mendengar dan memahami kte melainkan diri kte sendri. Aku pasti buku ini lebih bermakna,ikhlas dan jujur lebih dari seorg sahabat.

Yang pasti .....mengenali dan memberikan ruang kepadanya merupakan satu kesalahan yang amat besar dalam hidup aku di saat ini............Ini bukan diri aku yang sebenar.....berputus asa dan mengalah pada benda yg tak sepatutnya. Tabah dan cekal, pulanglah pd aku.....

Ahad, 1 Julai 2007

Are men necessary???

"Guys want to be in relationships with women they dont have to talk to. Thus Christine B. Whelan conclude that men fall inlove with their assistants and housekeepers who will take care of them like their mothers did. the more successful a woman, the less likely she is to be married". ahahahahah...bukan aku yang kata,aku 98% mengiyakan je.....
'Why smart men marry smart women'
Are u among the SWANS? YES, I am young, single, smart and professional woman..ahaksss
Are u a strong, smart woman aspiring the great things? -of course I am
Do u ever wonder why you are still single -and worry that men dont fall in love with smart women like u? I am not worrry, I am just wonder why men are so unpredictedable....
Are u sick of bad news media reports aboout the chances of happiness for young, succesful women? -sometimes YES because of the stupid reasons they give but...No, I believe that klau dah jodoh tak kemana ;)

SWANS

*Strong Women Achievers, No Spouse
***Dah lama aku mencari buku ni..tapi masih tak jumpa???agaknya kena cari kat NZ kut....hehheh.Terpaksalah tunggu another 3-4 months....

Jumaat, 22 Jun 2007

Seribu Penyesalan...............

Kekadang tertanya jgak dalam hati.........ini ke yang aku idam-idamkan selama ini. Aku taknak menyesal kemudian nanti bila tersilap membuat keputusan dan pilihan. Aku dah tak mampu untuk berhadapan dengan seribu penyesalan................

Jumaat, 25 Mei 2007

Stress????




I've come across this article and it's good to share with u....


Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan menjadi.


Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


TIPS MENGURANGKAN TEKANAN MENGATASI TEKANAN PERASAAN




Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja.
Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk



Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an



Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.


3) Banyakkan Solat Sunat



Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada seper! tiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah


Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.



5) Bersangka baik dengan Allah



Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa! bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan



Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat



Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8) Menangis dengan sepuas hati



dlm byk2 ini lah yg aku paling suka....:)) Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi bukan sahaja masalah di tempat kerja bahkan untuk semua masalah...heehehhe.


9) Hargai kebolehan diri sendiri



Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.



10) Cintai diri sendiri



"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.



Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Khamis, 17 Mei 2007

Sayang aku lemah.....


There is a day when you will find that I became very weak, please...try to have some patience to me and try to understand me.…Help me in the same way as you held my hands to learn, to make my first steps. because I am not strong enough to go through all these things alone...




Sabtu, 12 Mei 2007

Happy Mother's Day


My Mother means so much to me
and though I hardly ever let her know
I cherish the life we have lived
I have come to know
the true meaning of love
and I have been grew in
the light and warmth of the family bond

My mother means everything to me that
when I need my dearest friend
I know whow to turn to
I know whom to trust
I know who will hold me
with her gentle & loving touch

My mother means so much to me and I want her so to know
that I'd like to give her
the best of everything for she gives so much to me


Love you so much.....mum

Jumaat, 20 April 2007

Kehidupan satu perhentian yang tidak kekal

Salam Perkenalan
Bukan senang nak jadi senang & Bukan susah nank jadi susah