Sabtu, 26 Januari 2008

Menghitung hari.....


pemandangan dr bilik aku....aku pun xtahu apa nama tempat tuh...

Perjalanan dari rumah smentara aku di Drummond st ni ke school ambil masa lebih kurang 10-15 minit bjalan kaki. tak sampai 15 minit pun...biasa 12-11 minit...nanti klau dah biasa mungkin la makin cepat. Sampai skrg masih lg mencari rumah..harap2 cepatlah jumpa hendaknya.

aku menghitung hari, labwork aku dah nak mula...memandangkan bil sel yg aku perlu gunakan bertambah dr 3 kepada 8. MasyaAllah....aku tahu bukan senang nak jaga2 sel2 tuh...tapi apapun aku akan cuba. klau nak mengeluh...bukan main byk...tapi aku perlu siap dan buat jgk kan...lebih baik aku diam dan ambil langkah berjaga2 utk menghadapi smua kemungkinan yg akan aku lalui....contohnya? mmmm byk.....aku menhitung hari untuk dapatkan result2 nya nanti ....

skrg aku menghitung hari nak tunggu parcel sampai.....pas2 ada lg parcel yg nak dihantar dan akan sampai la kan..ateh tgh sibuk mengumpul tenaga utk sediakan brg2 yg aku nak..tochea ateh...luv u very much..makabah pun ada gak brg2 nya.achik ngn angah pun tak ketinggalan...mokwea tak pasti...harapnya betul la kan, wakakakkkaa....along jauh, sian dia...lastweek masa kol, slow aje suaranya.....uwaaa.....xpa....sabar..tabahkan hati....masanya pasti kan tiba....

Alhamdulillah suasana di School aku pun ok. Takpalah...3 tahun aje kan cik ct..oiii cik ct oiii...bukan lama..tabahkan hati. InsyaAllah jika niat kte baik Allah akan sentiasa bersama dan menolong kte..Apapun aku rasa aku bahagia skrg....bahagia sendrian. aku tak nak berpaling ke belakang lg.... aku bahagia bila berjaya menyelamatkan diri dr org2 yg aku 'kureng' ingini secara tidak langsung.....ahakssssss

dan aku juga menghitung hari....hari apa lg? hari raya la..... dan juga..........., hari2 yang bahagia......amin

Ahad, 20 Januari 2008

Varsiti Kita

Ada sesuatu yg mengingatkan aku pd UKM pagi ni, varsiti kita. Lagu yg dinyanyikan setiap kali adanya majlis2 rasmi....aku suka sgt lagu ni. tiap kali berkumandang pasti tegak bulu roma. semasa berkumandang dalam Dectar sewaktu konvokesyen....pastinya akan menitiskan airmata....
Usaha dan takwa perlu digemblengkan bersama untuk mencipta kejayaan yang akan menjadi kebanggaan rakyat malaysia.......

I miss UKM so much....


Varsiti Kita

lihat kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
amal dan jerih digabungkan

Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmu berkembangan

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertaqwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya

Membina negara sentiasa
Maj berilmu dan bahagia

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Sabtu, 19 Januari 2008

Hari ke 6

ALhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 6 aku menjejakkan kaki di W. Perasaan rindu pd mak, abah, along,angah,acik, ateh, mokwea, dadam, checha, damina, kujiq, danish, inlaws mmmm, Allah saja yg tahu. Alhamdulillah jgk tiap2 hari aku dapat dengar suara mak...sama mcm aku kat msia...ekekkekeke...Perasaan sedih dan rindu tu biasalah kan...dah namanya aku ni manusia yg close dgn family n single!klau ada yg kata tak rindu atau sbgnya tuh, sukahati ko org lah!ini blog aku, sukahati aku la nak tulis apa...

Alhamdulillah smua urusan bjalan lancar, cuma accomodation je blom settle lg. Harap2 aku akan dapat dlm masa yg terdekat. dah naik segan menumpang rumah farah ni....ALhamdulilllah adk2 kat sini pun baik2...farah dan ati trima kasih byk2.smoga Allah membalas jasa baik adk2 smua. Isnin ni public holiday W dan selasa plak 1st discussion aku ngn spervisor. Harap2 smuanya bjalan lancar.Amin...InsyaALlah

Jgn risau teq....3 tahun xlama.(ini ayat aku nak pujuk hati sndri!!)pejamcelik2 cukuplah 3 tahun...klau ada masa/keluangan insyaAllah aku akan balik bercuti sekejap pun jadilah....Doakan smoga labwork/research aku bjalan dgn smpurna.Ok lah...ada masa lg aku updet n letak gambar. Ini pun pinjam guna Pc farah..sbb aku punya laptop guna vista, xdapat nak install software woosh nih..ishhhhkkkkk...

Jumpa lg....Doakan saya selamat dan berjaya di perantauan nanti....amin

Ahad, 13 Januari 2008

Selamat Tinggal


Mlm ni 915 mlm InsyaAllah saya akan berangkat ke w, Nz. Doakan smua urusan saya akan dipermudahkan Allah. Semoga saya selamat pergi dan balik dgn kejayaan dlm masa 3 tahun lagi. Terima kasih buat smua yang telah byk membantu. Buat mak dan abah, abg2 dan ateh yg sentiasa memberikan sokongan dan dorongan. Buat rakan2 seperjuangan dan utk smua yg mengenali diri ini. Trima kasih, Allah maha mengetahui....smoga saya dikurniakan Allah ketabahan sepanjang berada di tempat org dan dijauhkan saya drpd segala kemungkaran. Amin

InsyaAllah jika diiznkan Allah kte kan berjumpa lagi....Bye2

Sabtu, 12 Januari 2008

Terharu

smlm sebaik lps subuh aku pegi off, (aku trun awal sbb xnak ketemu sama org2 yg aku xnak jumpa ekkkekeke) belah pg aku ada discussion, nak clarify method yg akan dgunakan dlm preliminary study aku nanti. sesambil tuh ambil surat2 penting aku yg masih ada kat main off. ada jgk bebarapa org kawan yg aku sempat aku jumpa. aku bfast kat cafe bawah ngn mc, kakib n epel. aku start discussion dlm pkul 845 dan pkul 12 aku kuar g klsentral jumpa kakros kat situ. penat sebenarnya, tp memandangkan dah lama kros nak jumpa ngn aku jd aku pun gagahkan jugak diri utk menapak ke sana. masa nak kuar dr fakulti aku terserempak ngn beberapa org student aku, sempat salam2 ngn diorg.

masa aku tgh drive utk ke sentral, aku dpt lg msg dr student aku yg lain. katanya nak jumpa aku ptg nih. aku dah ada janji ngn MT pkul 4pm. by 430pm aku dah kena balik nak ambil ateh....penuh sungguh la plak jadual aku. aku pun bersetuju aje. janjinya dlm pukul 3. Bila jumpa kros, aku borak sakan....sampai dah pkul 240pm...alahaii...ikut hati taknak balik lg, tp bila ingatkan student2 aku nak bjumpa. jd aku terpaksa balik. sblm pulang kros sampaikan satu paperbag berbentuk hati. Katanya khas utk aku....bila kros dah mula byk kasi mcm2 nasihat tuh....rasa sedih la plak.....

sampai off dah pkul 340pm, student aku dah tunggu luar bilik.....sempat borak2 ngn diorg. bersalam2an.....aku terharu jgk...baru 2 tahun aku jd pendidik.....aku dah dpt rasakan, ada student yg aku rasa betul2 sayangkan aku.....aku mmg tak rapat ngn students...entah..mmg sifat aku kut, baik aku pun bertempat.4 their own good..aku rasa aku bukan pensyarah peberet!hahahahhaaa.ye lah...garang dan tak peramah...sapa yg suka....sbb pd aku, aku lebih rela melihat mereka bersusah payah utk berjaya dr gagal dgn senang dsebabkan aku....disini lah tempatyg sepatutnya student2 aku tuh belajar mendisiplinkan diri serta menentukan masa depan mereka! Niat aku ikhlas dan jujur.....utk menjadikan mereka benar2 dapat berbakti suatu hari kelak. Suatu masa nanti mereka pasti sedar, ketegasan aku adalah demi kebaikan mereka!

mereka sempat meninggalkan aku sekeping kad 'goodbye' yg didlmnya berisi brooch...bukan brooch biasa…cantik....hahhahha dlm hati aku, mmmm student aku pun tahu...aku suka benda2 mcmni. "kata mereka : murah aje cik ct,bila pakai nanti ingatla kami smua ya" aku terharu...aku tak harapkan smua tu, asalkan mereka bjaya..itu pun sudah cukup bagi aku.


mmg aku akui, mcm2 brg yg aku trima dari kawan2 aku sejak akhir2 ni. smuanya pesan suh aku bawak g Nz. Tafsir al-quran, glove, shawl, baju kurung,baju sejuk mmmm mcm2lah lg. Pd aku, aku tak harapkan material drpd mereka smua...sokongan dan doa yg ikhlas utk kejayaan aku itupun sudah lebih dr cukup. Sebelah ptg dan malamnya aku tak putus2 dapat msg dan phone calls.ucapan demi ucapan....baru lah aku sedar...ramai sungguh kawan2 yg begitu mengambil berat psal aku.......Tiada mampu utk aku balas diatas smua kebaikan dan ingatan itu. Doa aku smoga Allah memberkati dan melindungi kamu smua...Amin

Walaupun ramai lg kawan2 yg aku tak sempat nak jumpa....aku hargai ingatan dan masa yang diluangkan untuk aku. Bahkan ada kawan2 yg nak hantarkan aku ke airport mlm esok. Huhhhuhhuuuu berat sungguh hati aku….nanti aku makin sedih dan terharu maaa…..

Matching

3-4 hari lps masa duk sibuk2 packing barang2 aku dlm kotak....aku simpankan dan susunkan smua aksesori aku tuh. aku tak bawak smua2 tuh g Nz....berat maaa...byk lg brg2 aku yg penting dan perlu aku bawak. sambil2 tuh aku snap la pic. entry2 dulu2 aku ada cakap nak paste kan pic aksesori aku kan. tak byk pun sbb separuh ada kat rumah di kampung....susah aaa nak simpan smua2 kat rumah sewa aku tu kan. biasa klau aku rajin aku akan tukor2 ikut warna baju...biar matching..aku suka buat koleksi...alaaa...biasala pompuan mmg smua mcmni. aku plg suka warna purple sbb tu byk aksesori aku warna purple...yg lelain tuh biasalah pink, hijau,kuning dan natural colour...bukan apa senang untk matchingkan ngn baju....bila tiba masa aku malas nak matching kan jd lebih senang ambiklah aksesori warna natural....
aku slalu merungut aku tak ada aksesori warna biru...entah ngapa...aku tak berkenan ngn patern aksesori bwarna biru. ada je yg tak kena kat mata. brooch warna biru je yg aku ada. jadi mak aku ada hadiahkan aku satu ni, yg ada mcm2 warna..ada biru,kuning,merah,putih dan hijau. kata mak...senang...supaya aku tak merungut lagi nanti...ahhahhhaa

<



Buat Scarl

Entry ni khas untuk scarl.....ekekkekee....masak lemak pucuk ubi ngn daging salai. dah masak dan makan hari isnin yg lepas. best sgt...kombinasi rasa daging salai ngn pucuk ubi tuh betul2 menjilat jari...betullah tak tipu....klau tak percaya cuba masak sndri...mmm memang betullah scarl ngn ajip kata, mmg sedaplah gulai nih!! tambah2 gulai ni mak aku yg masak....air tangan seorg ibu...

eh, dah lama ajip tak update blog, takda la menu2 masakan...dah kemana dak ajip, scarl ya?