Jumaat, 3 Ogos 2007

La Tahzan


Jangan bersedih ; pilihla apa yang dipilih oleh Allah kepada kamu
`Jangan bersedih kerana masih ada yang sayang pd kamu

Jangan bersedih kerana aku yakin dan percaya ini adalah lah kiat-kiat bahagia kerana berkat kesabaran ini, atas sesuatu kejadian yang aku tidak sukai dan dalam menghadapi kesukaran ini adalah jalan yang akan membawa aku kepada kemenangan, kejayaan dan kebahagiaan.

Bersedih pada masa skrang amatlah merugikan aku kerana perasaan yang sedih boleh mengurangkan tenaga aku yang sebaiknya digunakan untuk memerah otak bagi mencari penyelesaian research aku dan pembelajaran aku nanti.

Buku ini sentiasa menjadi teman ketika aku bersedih. Hadiah dr boss kechik ini sangat bermakna pada aku. Sampai NZ pun aku akan bawa buku ni dan yang nyata kesimpulannya tiada siapa boleh mendengar dan memahami kte melainkan diri kte sendri. Aku pasti buku ini lebih bermakna,ikhlas dan jujur lebih dari seorg sahabat.

Yang pasti .....mengenali dan memberikan ruang kepadanya merupakan satu kesalahan yang amat besar dalam hidup aku di saat ini............Ini bukan diri aku yang sebenar.....berputus asa dan mengalah pada benda yg tak sepatutnya. Tabah dan cekal, pulanglah pd aku.....