Khamis, 29 Mei 2008

Orked

Pernah dulu org tu panggil aku orked putih....apa sbb nya aku pun xtahu....mungkin masa tu segalanya indah.....ekekekekek... 3/4 minggu lps p 'orchird show', hari ni baru bkesempatan upload gambar.....sbb dah penat duk belek endnotes.....orkednya cantik, tp ada beberapa jenis yg mmg dah ada kat umah....terlepas lah rindu dhati bila tgk orked2 ni.....






dan....jeng2 jenggggg....inilah.... orked baru aku....3 pasu...masa mula2 dapat terasa dunia aku yg punya...ahhahahahaaa....kzz n C pun kata g2...nampak sgt muka aku happy....kat bawah tu bunga2 yg bakal berbunga d bilik aku nanti... ekekekeekekke.... harap2nya sempatla aku tgk bunganya tuh...aku xpernah ada bunga camtu lg kat msia....







dan ini pula show yg paling besar akan diadakan di Nz nanti....ada rezki ke aku p?? tempatnya jauhh....

Isnin, 26 Mei 2008

Jika ...

Masa duk kemas2 drawer kat bilik smlm...aku tjumpa ni...mokwea yg kasi.... so share la sama2 kat sini...

Jika aku jatuh cinta

Ya Allah.....jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pd seseorg yg melabuhkan cintanya pada-Mu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu...

Ya Allah....Jika aku jatuh cinta
Jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cinta ku pada-Mu....

Ya Allah....jika aku jatuh hati...
izinkanlah aku menyentuh hati seseorg
yg hatinya bertaut pd -Mu
agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta nafsu.....

Ya Rabbani....jika aku rindu...
jagalah rinduku padanya
agar aku tidak lalai dlm merindukan syurga Mu.....

Ya Allah....jika aku menikmati cinta kekasih Mu
jaganglah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir Mu

Ya Allah....jika aku jatuh hati pd seseorg....
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan yang panjang menyeru manusia kepada Mu

Ya Allah....jika kau halalkan aku merindui seseorg
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya padaMu

Ya Allah...engkau mengetahui bahwa hati2 ini telah berhimpun dlm cinta pd Mu
telah berjumpa utk taat kpd Mu
setelah bersatu dalam dakwahmu
telah berpadu dlm membela syariat Mu
kukuhkanlah ikatannya
Ya Allah
kekalkanlah ikatannya
penuhilah hati2 ini dgn Nur Mu yang tak pernah pudar
lapangkanlah dada2 kami dgn keimanan kpd MU dan keindahan bertawakkal ke jalan Mu

Amin
Ya Rabbal Alamin

Sabtu, 24 Mei 2008

Kenapa, Mengapa ??????

Skrg Welly tgh sejukkkk..sejuk yg amat...kpala pun makin bertambah beratnya....dah hampir seminggu, sakit kpala masih tak berkurang......kenapa....mengapa?

last 2 weeks sempat p orchird show....skrg kat bilik dah ada 3 pasu orkid...dah siap beli baja sumer....ada kelainan pd dri ini. xseperti biasa......xsempat pun nak belai pokok2 tu...sekadar siram...baja pun blum sempat.....knapa...mengapa....?

dah 2 hari hujan tak berhenti...n pg td pula dkejutkan dgn satu kejadian d hostel...kenapa...mengapa...?

mungkin sbb terlalu byk perkara yg perlu diselesaikan...atau dpikirkan....hati xbegitu senang....yg senang hanyalah mengalirkan airmata je .......knapa....mengapa...???

persoalanya kenapa dan mengapa aku stress dan tension yg amat??????? bukan kah smua dugaan ini sebahagian drpd hidup......liku2 hidup seorang
SWANS......??????

Ya Allah....berilah aku kekuatan dan ketabahan utk menghadapinya.......

Jumaat, 9 Mei 2008

Trima kasih

hadiah pertama aku trima di Welly sempena hari istimewa...pemberian dr C dan Kzz....terima kasih daun keladi...walaupun kenal taklama tp kami dah mesra..kesana n kesini bersama terutamnya aktiviti memasak dan riadah di hujung minggu....





aku pun xtahu mcmana Kzz tahu aku suka benda ni....pandaila kzz ni meneka n mentafsir org....hahahhha..kata KC, cam tahu2 plak diorg aku ni minah sedondon...hahahahhahaha.

lastweek kami sempat lunch bersama...aktiviti memasak d hostel aku...selepas kami menjamu selera ngn nasi beriani..ptgnya kami cuba mebuat pizza...aku la yg nak makan sgt2...C cuba merealisasikannya..masing2 buat doh sndri..ekekekekekekekeke...walaupun rupa xseberapa tp rasanya pd aku sudah lebih dr memuaskan hati...cam rasa nak buat lg...





Selamat Hari Ibu

Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama,
Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat,
Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar,
Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya..

Kiriman e-mail dr rakan yg aku kira amat menyentuh perasaan yg aku rasakan sesuai sempena Hari Ibu yang akan disambut nanti....

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." 窶・ PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.

Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.

Saya sedih melihat ibu seperti itu. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." 窶・ PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.

Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." 窶・ PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.

Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segeramenyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.

Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segeramemberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" 窶・ PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.

Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.

Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." 窶・ PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA..

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." 窶・ PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang."・ PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segerapulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit・ PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu..

Ada hikmahnya aku menjejakkan kaki ke bumi Welly, walaupun byk yg perlu ditempuhi, namun aku takkan mengalah kerna smuanya telah ditakdirkan. Setiap hari aku akan menelefon emak dan membisikkan "I LOVE U" dan "I MISS U"...ungkapan yg dulunya aku sebut pd hari2 tertentu dan keadaan tertentu ...namun skrg ungkapan itu sudah menjadi bisikan biasa tapi penuh makna buat aku kpd emak setiap hari sblm mengakhiri perbualan telefon ....cuma kini aku rindu...rindu untuk berada dlm pelukan dan ciuman emak........

*emak..slamat hari ibu..tiada kasih seindah dan sejujur kasihmu..Aku bersyukur dikurniakan Allah insan mulia sepertimu.....Hidupku sempurna dgn kasihmu emak*....

Smoga Allah memberikan kesihatan,ketenangan dan rezki yg melimpah ruah kpd emak untuk beramal ibadat dengan sempurna kpdNya....

Silence is gold

Selasa jam 830mlm aku dapat notis ini di pintu bilik...hati xsabar2 nak p ambil tp off dah tutup masa tu. aku gagahkan jgk menunggu hingga ke pagi seterusnya...



aku dapat kiriman dr malaya....seronok sakan..tp mana lg satu? ala...masalah ke??? tp alhmdulillah sekembalinya aku ke bilik pd rabu mlm...notis ini plak yg aku dapat...aku p trun intai aku nampak..kotak aku...tulisan abahhhhh.......huhuhuhuhuu...aku xsabar sgt2. ku pejam jua mata utk menunggu keesokan harinya..



Akhirnya, inilah 2 kotak kiriman istimewa dr Malaya. Alhmdulillah smuanya selamat sampai walaupun ada beberapa makanan aku yg telah diperiksa oleh MAF (new zealand biosecurity). Aku tahu sblm angah poskan kotak ni mesti dah macam2 ayat mak bacakan...hehehehe.. Tatkala dapat kotak tu...mmmm hati betul2 tersentuh selepas melihat tulisan abah.sempatla jgk airmata menitis..(aku? manusia yg penuh emosi....ekekekekekekee)..satu kotak masih terikat dgn tali...dan satu lg hamppir lenyai...sib baik masih elok...klau abah tak ikat aku xtahu la apa nak jd...yg aku nak tergelaknya..kotak ke 2 seberat 20 kilo...pengetua hostel aku tuh yg tolong angkat letak atas troli..tak kasi aku angkat...dia kata berat..hikshikshikss..sbb yg smlm punya seberat 10 kilo..dia suh aku guna troli tp aku biasalah malas lah leceh..aku kan superwoman (betul tak atehhh?)..takyah la troli2 stakat 10 kilo..hahaha.apa2pun... yg aku tahu...sayang jgk dia kat aku...alhmdulillah aku bjumpa dgn smua org yg baik2....



nampak tak tulisan abah kat atas tu...lurus...takyah guna pembaris...mungkin aku ikut abah ...punyai tulisan tangan yg cantik....hahhaahahah...tp rasanya sumer abg2 n kakak aku pun tulisannya cantik2....xsabar nak bukak....SERONOKKKKKKKKKKKKKK sgt!!!! bak kata endekk "slamat makan makanan yg dihantar dgn penuh kasih sayang...from endek with luv" luv u 2 endekkkk...

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisr14u45NtefWAHyLBDgLBaSqng6dTDydk6brxxJgbQtiyA8y7OsHuA_jCr5Oimf__pIVXDCFX4yNWEGr_jj6H0RIAR8j__m2Y_KcDmEFMsgO41XnZuEaSwhNRaOz3Hw8JJ68VnBKnPY7-/s1600-h/DSCN2402.JPG">

selain makanan, mak ada hantarkan aku baju serta sebahagian dr tudung2 aku ...termasuklah juga tudung pemberian keluarga arwah maklong sbg tanda ingatan (tudung arwah maklong)..** warna apa entah aku pun xpasti...tp mak kata itu warna lemak ketam......





setiap hari ni merupakan hari yg penat buat aku....bila tpandang parcel bersama tulisan abah n jg isi kandungan..tetiba aku bersemangat...aku bjanji takkan sia2kan harapan mereka!

Fetie yg forwardkan lagu ni untuk aku...thnx fetie...semakin aku hayati lagu ni semakin aku suka...sama2 layannnnn seehhhhh.....