Rabu, 2 Mac 2011

Pengalaman

Coretan pd hari ini aku kira akan menjadi pengalaman buat aku semasa menghabiskan sisa2 perjuangan di bumi nz.

seperti biasa setiap hari slps solat asar mak akan 'kol' aku. itu adalah panggilan terakhir setiap hari..hari smlm dan sebelumnya juga kerja sekolah seperti biasa..masih byk pembetulan dan juga benda2 baru yang perlu aku selesaikan...da berapa kali aku bilang pd dri sndri buat 'backup' untuk setiap hasil kerja..tp setiap hari dan setiap jam ada saja chapter2 yg perlu dbetulkan serta ditambah kandungan perbincangan dan sebagainya...hati aku terdetik untuk trus 'copy' folder endnotes ke dlm 'hard disc' aku yg dibawa ke hulu ke hilir....slps kejadian menimpa CC aku rasakan kami sumer di welly semakin dan sepatutnya lebih berhati2...tp smlm sblm sempat aku berbuat demikian..tiba2...

selepas saja putus perbualan aku dan emak..tiba2 bilik aku bergoyang..lampu2 sumer bergegar dan aku dapat rasakan ini bukan gegaran biasa...yaAllah..Allah saja yg tahu perasaan aku ketika itu...aku di tingkat 6 keseorgan..semua telah pulang memandangkan telah pun pkul 10.00 mlm (5.00 ptg waktu malaya). aku kaku sebentar' panik dan apa yg terlintas dlm kpala hanya lah hard disc aku..trus aku rentap tarik beg dan kuar menuju ka tangga. aku harap sgt sampai ka tingkat bawah secepat mungkin...mcm2 dlm kpala aku fikirkan...dan sumer blaku terlalu pantas..angin pula begitu kuat menhasilkn dgn bunyian yg menambahkan lg resah hati aku..

2-3 minit slps reda gegaran aku dpt panggilan dr Jah. aku masih dlm bangunan schul dan betullah apa yg aku rasa sebentar td...saat ini tgn aku masih menggeletar..aku istighfar byk2 tanpa henti..rasa yg xdpt aku ungkapkan disini..kami bertanyakan keadaan masing2 dan putuskan perbualan untuk seketika untuk melihat perkembangan. Kata jah sumer flatmate telah keluar dr bangunan..memandangkan aku melalui jalan belakang hospital tiada dpt aku melihat apa2melainkan jln yg sunyi dgn tiupan angin yg amat kuat..sesampai depan bangunan hostel aku lega keadaan seperti biasa tetapi kedengaran riuh rendah..sampai di tingkat 7 aku bjln menuju ke bilik aku ramai yg berkumpul d bilik tv. dlm hati pasti mereka tgh berbincang psal gegaran td. Jah kembali hubungi aku dan nyatalah gegaran td berukuran 4.5 skala richter melalui Wellington dan turut sama dirasai oleh mereka di utara pulau selatan. dgn pantas aku gapai hp dan msg ka ateh dan tengku d malaya....aku slamat dan doakan aku.

kebetulan pula ke2-2 lampu di bilik 'mati'..hati makin resah..beg yg telah tersedia ubatan n makanan serta document penting perjalanan yg tersedia disisi katil segera aku gapai dan trasa berat skali. dlm gelap aku capai satu lg beg dan trus masukkan kesemua kandungan td ke dlm beg yg agak ringan..lama aku tarik nafas dan istighfar di atas katil. aku masih lengkap berpakaian dgn tudung dan kepala aku sungguh sakit. aku berbalas msg dgn Jah serta ateh d an tengku d malaya. Pesanan aku slamat dan jgn risau itu yg penting. Aku risau jika tidak dberitahu kejadian akan blaku seperti minggu lps sebaik sahaja mereka mendapat maklumat tentang gempa yg menimpa CC. sepanjang mlm aku xdpt lelapkan mata bila telepon aku asik berdering dan bertimpa2 msg masuk. (trima kasih pd sahabat dan saudara mara yg mengambil berat). aku kesiankan mereka..dan aku paham apa itu rasa risau dan aku xmahu mereka dibebankan dgn perasaan itu...

Jam telah menunjukkan 12 mlm dan aku perlahan2 mbaringkan badan di atas katil usang yg telah pun bersama aku 3 tahun...aku hela nafas sambil tanpa henti beristighfar dan berdoa. aku perlahan2 berckp pd dri sndri. Jgn panik dan terlalu emosi..Allah sentiasa bersama hamba2Nya. sumer nya telah tertulis..kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Ajal maut ketentuan Allah.. Aku redha atas semuanya jika itu yg terbaik untuk aku. Aku lelapkan mata dan masih kedengaran bunyi angin yg kuat diluar sana..kata dlm hati ku..slagi katil ini tidak bergoyang aku kan baring merehatkan minda serta bdan yg telah seharian aku gunakan..Alhmdulillah masih mampu melihat Welly yg aman dan tenang pd pagi ini. Alhmdulillah kami di Welly masih Allah lindungi dan setiap tulisan aku pd hari ini xkan ku lupa selagi aku masih bernyawa...

kepada meraka yg terbaca atau membaca coretan ini, samalah berdoa smoga Allah sentiasa melindungi kita dari musibah dan becana walau di mana kita berada. maafkan aku jika ada coretan yg mengguris hati atau sbgainya. ini hanyalah luahan hati semata-mata. Jam menunjukkan pukui 10.44 am (5.44 pagi malaya). sudah masanya tuk aku berhenti dan meneruskan perjuangan yg belom selesai.....

Tiada apa yg aku pinta kecuali keselamatan dan permudahkan lah sisa2 hidup ku ini di bumi Welly. YaAllah lindungilah aku dan kawan2 ku serta semua muslimin dan muslimat yg berjihad d jalan mu YaAllah...

3 ulasan:

rad berkata...

Salam,
Doa kak semoga Wani & kawan di sana semua selamat insyaAllah...sentiasa beringat ya!

Alwani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
anggerikpink berkata...

Assalam,
akak, trima kasih atas doa dan ingatan =)