Selasa, 23 April 2013

Alhmdulillah

19 April 2013..kalau di Perak aku da dpt cuti :). Alhmdulillah Allah masih dberikan aku kesempatan untuk bernafas di bumi ini sbg khalifahNya. Smoga aku senantiasa mendapat limpah rahmat keberkatan Allah dlm menjalani kehidupan ini. Smoga aku menjadi anak solehah yg senantiasa menggembirakan dan menyenangkan hati ayah bonda serta kekanda2, guru2 serta sahabat2. 



Ya Allah ya tuhanku, jgnlah sesekali aku menyakiti serta menghampakan haraan ayah bonda ku. 
Jadikanlah aku adinda yang sentiasa taat dan patuh kpd kekanda2ku
Ya Allah peliharalah aku dari segala fitnah dan nista dunia.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan ya Allah permudahkan lah aku dlm menempuhi 
segala cabaran serta dugaan ini.
Ya Allah hanya kepadaMu berlindung 

p/s : Alhmdulillah syukur dgn nikmat Allah, aku diberikan ayahbonda yang penyayang, kekanda2 yang bmurah  hati, guru2 yang berhati mulia serta sahabat2 yang memahami sera bertimbang rasa. Rezeki yang Allah kurniakan bukan sahaja berbentuk material, tetapi rezki juga dtg drpd pelbagai cara. salah satu daripadanya adalah dikelilingi oleh org2 yang sgt menyenangkan dan berhati mulia. Ya Allah aku bersyukur dgn rahmat dan keberkatan yang telah dikurniakan..

Terima kasih kpd geng sayur :)

Isnin, 15 April 2013

Assalamualaikum wbt


Sudah terlalu lama aku menyepi..rindu yang terlalu mendalam untuk mencoret kisah hidup di sini...password untuk ke sini pun aku da lupa.kemain payahnya nak ingat smula.alhmdulillah dpt juga aku jejaki...aku terbaca coretan sblm berhijrah sementara ke Welly..ada juga perkara2 yang aku telah hampir terlupa....sumer itu kenangan yg terindah...
 
Sejak pulang dari menjadi tetamuNya, aku berusaha sedaya untuk mengawal rasa "terkilan". Dugaan itu bertimpa2 tp aku percaya Allah maha mengetahui sgala2nya...tp petang td selepas mesyuarat P, hati ini sungguh terkilan dgn tindakan pihak atasan. gelodak jiwa yang sebelum ini aku simpan da tak terbendung lg.akhirnya aku tewas dgn amarah...cuma nasib baik aku xkoyakkan surat itu di hadapannya....yaAllah ampunkan lah aku, aku hambamu yg lemah...
 
kita berkerja bukan untuk menunjuk2 dan bukan untuk mendapatkan penghargaan, aku fikirkan kerja itu adalah amanah yang perlu dilaksanakan demi sesuap rezeki yang halal. tp aku manusia, sekiranya di henyak2 dan kesalahan orang lain dihempapkan ke atas kepala aku, aku sudah tidak mampu menanggungnya lg. Bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang sehat untuk berkerja sekiranya terlalu byk ketidak adilan dlm setiap urusan...
 
Tatkala ini, rindunya aku untuk kembali ke sana..perasaan ini tak pernah pudar walaupun sudah hamper 2 bulan berlalu. rasa tenang yang tiada penghujung... kemanisan yang tidak terungkap dgn kata2...hanya air mata yg mampu mengalir berdoa smoga aku, emak dan abah serta along, angah, acik dan ateh dipanggil lg untuk menjadi tetamuNya. Amin
 
 
 


 



 
 
"Allah tahu .........apa yang terjadi
Antara kau dan aku"

InsyaAllah jika berkesempatan aku akan kembali menulis di sini...smoga Allah berikan aku kelapangan