Isnin, 24 September 2007

Siapa kah gerangan???

Sejak 2-3 hari ni dapat panggilan tapi bila dijawab tiada balasan. Confius….akhirnya tghari smlm…keconfiusan itu akhirnya terlerai…loooo adik rupanya. Dia ni memang la pelik…mungkin ada benar jgk katanya. Apa2pun demi untuk keselamatan negara….tak kesahlah apa dia nak cakap…cakaplah. ½ jam….kami berbual. smuanya bermula masa lawatan aku ke MRSM Langkawi. Tapi dia ni on and off suka2 hati……

Entah kenapa smlm penat sgt tambahan pula berbuka dgn nasi mentah. Berdosanya peniaga2 zaman sekarng ni…asyik menipu je. Aku plak tu yang kena tipu. Terjaga bila adik kol lagi, katanya dah 430am. Aku pun merangkaklah dalam gelap untuk masak air. Lampu tdo aku smuanya dah terbakar mentolnya. Tinggal satu lagi lampu hadiah bday aku. Sayang aaa nak guna. hehhehe. Jd aku biarkan bilik tido aku dalam kegelapan. smuanya dah tersedia tunggu switch on je cerek eletrik aku tuh. Rupa2nya baru pukul 140am. Banyak benda yang dibualkan dan ada kalanya aku dah tersengguk2 ttido. Ada masa kami berborak panjang dan ada masanya 2-2 sama2 diam. Hasilnya pkul 445am baru lah aku selesai.itupun sbb aku nak sahur. Katanya kesian kat akak, mesti penat. hahahaha tahu takpa.

Apa2pun misteri yang selama ini sudah terungkai. Namun aku masih pelik, ada juga org macam ni....Apapun aku doakan adik sentiasa diberkati dan dilindungi Allah. Besar pengorbanannya pada bangsa dan negara. AKU KAGUM......

Hari sabtu yg lepas, aku masuk lab. Monitor kerja lab student 3*5. paling mengejutkan ekstrak yg digunakan toksik la agaknya. Ishkkk susah jgk ni. Kena wat furher study macam ni. Lps tu, tetiba rasa rindu sgt2 dgn orkid. Kebetulan ada kawan yang nak meneman aku ke Sg Buluh. Misi biasa....misi orkid. Sempat rembat 3 jenis (acro apa ntah..nanti aaa bila ingat aku tulis smula) dah lama aku carik bunga oren, pink ngn merah. Puas hati sgt2. Alhamdulillah.......

pagi ni mood aku betul2 spoiled. email dr ***** benar2 buat aku sakit hati. Dulu masa aku nak ke Solo utk Oral presentation dia jgk yg melemahkan semangat aku. hari ni bila pg2 sampai bukak email, dpt email dr dia....oooo hangin je satu badan. takpalah. Abaikan ajelah si *ling ituh....
Apapun walaupun aku badmood tp skrg aku mengantuk sgt2..............ptg ni ada meeting... persediaan untuk ke Bel....hari ni takada bunga aaa nak letak. Aku nak cepat.........tapi mana peginya org disana? Bole je hidup diam2.....mmmmm. takkan lah kut ya pun sibuk sampai tak bole nak msg? kte tunggu dan lihat ajelah.

Khamis, 20 September 2007

Belgium ooooh Belgium


Pagi semalam disaat hati mendung….tetiba aku dikejutkan dengan satu email dr pihak yang bertanggungjawab…..

Biar betul….trus call epel untuk confirmation. Sebenarnya hati dah tak menaruh harapan bila nama tidak tersenarai ke London. Tapi aku tak frust…cuma terkilan (sama la kut..hihhhhi). Aku terfikir betul jgk…klau raya ke 2 dah nak kena g London mcmana sambutan aidilfitri aku yg terakhir kat tanahair nanti? Ada hikmahla klau aku tak dapat pegi…lagi pun aku amat lah sibuk ngn persiapan ke Nz. Aku percaya Allah maha mengetahui dan adalah hikmah disebaliknya. Lagi pun sapalah aku…..

Trus kol mak….mak punya la kalut trus suruh balik kpg dan berbincang. Aku nak tergelak....mak ni.....(nak balik bukannya dekat..hehheeh). Aku tahu.....berat hati mak nak lepaskan aku pergi ke Nz. Begitu jgak abah, tp mungkin abah lelaki...tak terzahir perasaan itu. Tapi 2-3 hari lepas, mak kata dia izinkan spenuhnya...dan dia akan doakan aku selamat pegi dan balik dengan ijazahnya sekali. Bukan sahaja berjaya disana tapi berjaya dunia dan akhirat. Aku tahu....aku yg paling degil dan paling berpeel dalam keluarga....dan yg selalu buat masalah pun akulah jugak....dan aku yg paling lama duk ngn mak.sbb yg lain smuanya duk jauh dr kecik.....lagi pun aku pompuan...mestilah mak n abah risau. Tiada apa yg ada dlm diri aku kecuali niat yg suci dan murni...walaupun aku begini tapi niat aku never n ever berubah....berbakti sepenuh hati kepada mak abah n juga keluarga tercinta.

Maklumat seterusnya disampaikan pada abg2 aku (ada halangan untuk kakak untuk aku sampaikan msg ni buat masa ini). Smuanya confius...Nz cemana?mmmm betul jgk. Tapi ini peluang...tak mungkin aku akan lepaskan peluang ini...mungkin abgPaul akan faham...insyaAllah...aku mungkin melanjutkan tarikh penerbangan ke Nz. G sana lepas g Bel lah. Bole? Hati begitu senang sekali untuk menekan telefon, msg seterusnya aku hantarkan pada dia. Dia yang banyak mengajar aku tentang hidup dan tidak dinafikan.....selain makabah n keluarga aku, dia juga byk membantu aku untuk sampai ke tahap ini secara langsung atau tidak. Walaupun sudah lama tidak berhubung.....aku yakin dia gembira dengan berita ini. Msg aku dibalas sepantas kilat dgn kata2 yang cukup kuat memberikan aku semangat. Aku takpasti keadaannya..Namun hanya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi diantara aku dan dia. Yang pasti jasanya tetap kukenang walaupun tidak ku zahirkan.......

Buat epel...FRGS aku tak mampu nak menampung kos ke Bel. Peruntukn yg ada hanya cukup untuk 3 bulan gaji RA aku......Namun aku berharap...kejayaan akan manjadi milik kita kelak...walaupun aku ke sana sndrian. Iringi aku dgn doa Epel...smoga produk kte mendapat tempat dihati mereka.

Kepada sesiapa yang terbaca .....doakan saya, selamat ke Belgium dan membawa pulang kejayaan dan juga selamat ke Nz demi untuk segulung ijazah dan cita2 yang menggunung tinggi. Mungkin ini......mungkin ini.....halatuju seorang SWANS...Aku redha....

Tadi sempat ke FRIM, ada program pra perasmian Whatm III yang akan diadakan di PWTC 16-18 Nov 2007. Alhamdulillah sempat jgk ke conference ini since kena g Belgium. Hehheheeh. Satu Conference yg bagus.. the first and the only conference yg gabungkan isu wanita dan herbs……jd sapa yang berminta bolehlah register nanti..sekarang lah..jumpa di sana nanti



Cenderamata dari pihak penganjur Whatm III kepada kami....jgn tak percaya 1 kotak untuk kurma dan satu lagi mooncake yang ditambahkan dengan extrak misaikucing...hheheheeh





Ini untuk promosi.....jomlah sama2 berkongsi ilmu di conference ini.Pasti byk input dan outputnya nanti.InsyaAllah

Selasa, 18 September 2007

Ramadhan 1428H

Mungkin ini Ramadhan terakhir aku menyambutnya di tanahair. 3 tahun lagi Ramadhan akan disambut di tempat org (lainlah klau tetiba terasa nak beraya di tanahair...dan segalanya bergantung pada jadual lab aku jgk kan..ekekkekek) dengan suasana dan adat yg pastinya berbeza…..Cuma satu yang tak ada bezanya…..niat dan jihad ku kerana Allah. InsyaAllah jika diizinkan Allah aku akan kembali menyambut Ramadhan di tanah air lagi bersama keluarga tercinta ;)). Doakan aku juga ya….pulang dgn kejayaan dan iman yang teguh dlm masa yang telah tersurat dalam memorandum….hehheeh.

Walaupun sibuk dengan smua urusan yang memeningkan kepala….dan macam2 perkara & masalah yang timbul aku perlu hargai masa2 aku yang ada untuk bersama mak n abah. Plannya akan bercuti lebih awal untuk menyiapkan smua barang2 kelengkapan dan juga sambutan hari raya. Tapi mungkin sambutan hari raya pun takkan meriah, sbb kesedihannya sudah terasa dan pula banyak betul perkara yang perlu diselesaikan sblm melangkah pergi.

Buat mak dan abah, doa ku smoga mak dan abah dkurniakan Allah kesihatan yang baik utk beribadat dengan sempurna kepadaNya dan juga dapat melihat aku berjaya menggengam ijazah d NZ nanti. Aku ingin merealisasikan impian mak untuk melihat aku bergelar ‘doktor’…………..

Buat abg2 dan kakakku yang disayangi serta ipar2ku yang dikasihi….tlg jagakan mak n abah bagi pihak aku….smoga Allah memberkati kita dan diberikan kasihsayang yang melimpah ruah untuk kita sekeluarga…Amin

Tidak ketinggalan aku pasti rindukan koleksi orkid2ku nanti….yang dah cukup 20 jenis ;))
Untuk rakan2 seperjuangan...smoga kita akan sama2 berjaya dalam bidang masing2....
dan untuk si dia......ada ke?klau lah ada.....smoga berpegang pada janji2 yang telah di lafazkan ;))

Selamat menyambut Ramadhan…semoga kte sentiasa beroleh nur daripadaNya

Selasa, 4 September 2007

Hampir........

Sejak akhir2 ni...minat AMAT ngn 2 lagu di bawah tu. semacam mengundang maksud yg tersurat dan tersirat. kata2nya membakar semangat dan menguatkan lagi semangat ini memandangkan masa semakin hampir. Ku pohon Allah permudahkan smua urusanku dlm menggegam cita2. Byk perlu dikorbankan termasuklah hati dan perasaan seorg SWANS....

* Stop feeling sorry to yourself and stop worrying about what you say
*Don’t ever let anything get away your destiny but remember that every pilot need co-pilot
*Don’t stop until you reach the top

Tekad (Hazami)
Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan
Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan
Takdir Maha EsaRestu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba
Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usahaTuhan Maha Esa
Menggapai cita-cita

Mungkin (Anuarzain)
Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu
Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini
Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian
Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta...
Ada sesuatu yang menarik disini.Cuba la klau nak tahu.....ekekkeekk
http://www.blogthings.com/keystoyourheartquiz/