Selasa, 18 September 2007

Ramadhan 1428H

Mungkin ini Ramadhan terakhir aku menyambutnya di tanahair. 3 tahun lagi Ramadhan akan disambut di tempat org (lainlah klau tetiba terasa nak beraya di tanahair...dan segalanya bergantung pada jadual lab aku jgk kan..ekekkekek) dengan suasana dan adat yg pastinya berbeza…..Cuma satu yang tak ada bezanya…..niat dan jihad ku kerana Allah. InsyaAllah jika diizinkan Allah aku akan kembali menyambut Ramadhan di tanah air lagi bersama keluarga tercinta ;)). Doakan aku juga ya….pulang dgn kejayaan dan iman yang teguh dlm masa yang telah tersurat dalam memorandum….hehheeh.

Walaupun sibuk dengan smua urusan yang memeningkan kepala….dan macam2 perkara & masalah yang timbul aku perlu hargai masa2 aku yang ada untuk bersama mak n abah. Plannya akan bercuti lebih awal untuk menyiapkan smua barang2 kelengkapan dan juga sambutan hari raya. Tapi mungkin sambutan hari raya pun takkan meriah, sbb kesedihannya sudah terasa dan pula banyak betul perkara yang perlu diselesaikan sblm melangkah pergi.

Buat mak dan abah, doa ku smoga mak dan abah dkurniakan Allah kesihatan yang baik utk beribadat dengan sempurna kepadaNya dan juga dapat melihat aku berjaya menggengam ijazah d NZ nanti. Aku ingin merealisasikan impian mak untuk melihat aku bergelar ‘doktor’…………..

Buat abg2 dan kakakku yang disayangi serta ipar2ku yang dikasihi….tlg jagakan mak n abah bagi pihak aku….smoga Allah memberkati kita dan diberikan kasihsayang yang melimpah ruah untuk kita sekeluarga…Amin

Tidak ketinggalan aku pasti rindukan koleksi orkid2ku nanti….yang dah cukup 20 jenis ;))
Untuk rakan2 seperjuangan...smoga kita akan sama2 berjaya dalam bidang masing2....
dan untuk si dia......ada ke?klau lah ada.....smoga berpegang pada janji2 yang telah di lafazkan ;))

Selamat menyambut Ramadhan…semoga kte sentiasa beroleh nur daripadaNya

Tiada ulasan: