Khamis, 20 September 2007

Belgium ooooh Belgium


Pagi semalam disaat hati mendung….tetiba aku dikejutkan dengan satu email dr pihak yang bertanggungjawab…..

Biar betul….trus call epel untuk confirmation. Sebenarnya hati dah tak menaruh harapan bila nama tidak tersenarai ke London. Tapi aku tak frust…cuma terkilan (sama la kut..hihhhhi). Aku terfikir betul jgk…klau raya ke 2 dah nak kena g London mcmana sambutan aidilfitri aku yg terakhir kat tanahair nanti? Ada hikmahla klau aku tak dapat pegi…lagi pun aku amat lah sibuk ngn persiapan ke Nz. Aku percaya Allah maha mengetahui dan adalah hikmah disebaliknya. Lagi pun sapalah aku…..

Trus kol mak….mak punya la kalut trus suruh balik kpg dan berbincang. Aku nak tergelak....mak ni.....(nak balik bukannya dekat..hehheeh). Aku tahu.....berat hati mak nak lepaskan aku pergi ke Nz. Begitu jgak abah, tp mungkin abah lelaki...tak terzahir perasaan itu. Tapi 2-3 hari lepas, mak kata dia izinkan spenuhnya...dan dia akan doakan aku selamat pegi dan balik dengan ijazahnya sekali. Bukan sahaja berjaya disana tapi berjaya dunia dan akhirat. Aku tahu....aku yg paling degil dan paling berpeel dalam keluarga....dan yg selalu buat masalah pun akulah jugak....dan aku yg paling lama duk ngn mak.sbb yg lain smuanya duk jauh dr kecik.....lagi pun aku pompuan...mestilah mak n abah risau. Tiada apa yg ada dlm diri aku kecuali niat yg suci dan murni...walaupun aku begini tapi niat aku never n ever berubah....berbakti sepenuh hati kepada mak abah n juga keluarga tercinta.

Maklumat seterusnya disampaikan pada abg2 aku (ada halangan untuk kakak untuk aku sampaikan msg ni buat masa ini). Smuanya confius...Nz cemana?mmmm betul jgk. Tapi ini peluang...tak mungkin aku akan lepaskan peluang ini...mungkin abgPaul akan faham...insyaAllah...aku mungkin melanjutkan tarikh penerbangan ke Nz. G sana lepas g Bel lah. Bole? Hati begitu senang sekali untuk menekan telefon, msg seterusnya aku hantarkan pada dia. Dia yang banyak mengajar aku tentang hidup dan tidak dinafikan.....selain makabah n keluarga aku, dia juga byk membantu aku untuk sampai ke tahap ini secara langsung atau tidak. Walaupun sudah lama tidak berhubung.....aku yakin dia gembira dengan berita ini. Msg aku dibalas sepantas kilat dgn kata2 yang cukup kuat memberikan aku semangat. Aku takpasti keadaannya..Namun hanya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi diantara aku dan dia. Yang pasti jasanya tetap kukenang walaupun tidak ku zahirkan.......

Buat epel...FRGS aku tak mampu nak menampung kos ke Bel. Peruntukn yg ada hanya cukup untuk 3 bulan gaji RA aku......Namun aku berharap...kejayaan akan manjadi milik kita kelak...walaupun aku ke sana sndrian. Iringi aku dgn doa Epel...smoga produk kte mendapat tempat dihati mereka.

Kepada sesiapa yang terbaca .....doakan saya, selamat ke Belgium dan membawa pulang kejayaan dan juga selamat ke Nz demi untuk segulung ijazah dan cita2 yang menggunung tinggi. Mungkin ini......mungkin ini.....halatuju seorang SWANS...Aku redha....

Tadi sempat ke FRIM, ada program pra perasmian Whatm III yang akan diadakan di PWTC 16-18 Nov 2007. Alhamdulillah sempat jgk ke conference ini since kena g Belgium. Hehheheeh. Satu Conference yg bagus.. the first and the only conference yg gabungkan isu wanita dan herbs……jd sapa yang berminta bolehlah register nanti..sekarang lah..jumpa di sana nanti



Cenderamata dari pihak penganjur Whatm III kepada kami....jgn tak percaya 1 kotak untuk kurma dan satu lagi mooncake yang ditambahkan dengan extrak misaikucing...hheheheeh





Ini untuk promosi.....jomlah sama2 berkongsi ilmu di conference ini.Pasti byk input dan outputnya nanti.InsyaAllah

Tiada ulasan: