Rabu, 31 Disember 2008

Happy Bday Mak

Selamat Ulang Tahun Emak yg ke 62


Hari ni pepagi lg aku da kol umah nak wish..mak tgh solat subuh..along yg angkat tpon. Along tgh bercuti..lega rasa hati sbb mak n abah berteman tambahan pula di hari istimewa mak….tahun ni xdapat aku bersama mak di hari ulang tahun nya…xpa..insyaAllah..lg 2 taun..bole aku teman kan mak smula…15 minit kemudian barula dpt bckap ngn mak..lps wish mak, aku sambung smula kerja2….


Aku tahu, coretan kali ini seolah2 membuka pekung di dada..ya lah aku kan dikata anak emak…mm xpa la. (aku mmg anak mak n abah lg pun kan…) aku xpedulik.apa yg aku tahu, aku mahu ia dicoretkan..ditulis disini. smentara aku masih bernyawa….luahan hati seorg anak d perantauan...ekekekek…setiap hari mendengar suara mak kdg belom cukup pd aku tuk mengubat rindu, kdg dlm sehari 2-3 kali kami berbual.ada ja nak dibualkan... tatkala aku rindukan mak, maka setiap mlm psgkan rakaman bacaan quran dr mak dan juga abah, maka dptlah aku mengaji bersama mak dan abah…..setiap mlm aku tdo bertemankan surah2 bacaan mak, aku tdo bertemankan kain mak…trasa mak begitu dekat dgn aku walau pd zahirnya tidak...namun aku pasti doa mak dan abah sentiasa dekat, bersemadi dlm dri ini ..Alhmdulillah, ia nya bkesan..(pd meka2 yg spesies aku ..bole la wat gni..ekekekekee)….berjauhan dgn mak merupakan suatu cabaran yg amat berat pd aku….tp aku tabahkan jua demi ilmuNya.


Saat aku sedih, tiada tempat yg paling menenangkan kecuali dlm dakapan mak, di saat aku lemah dan hamper tewas tiada kata yg menyenangkan kecuali mendengar nasihatnya dan kata2 perangsang drpd mak…sesungguhnya tiada kasih seindah kasih mu….kasih yg xkan pudar dan xkan dpt kucari ganti…setiap titik susu yg emak berikan telahpun sebati dan menjadi darah daging kami ber5. sehinggalah kami menjadi dri kami sekarang...menjdi hamba utk beribadah kpdNya...besar sungguh pengorbanan mak dlm membesar kami 5 bradik….tambahan pula utk membesarkan aku…anak plg muda sudah tentu byk peelnya kan..itu summer org tahu…akulah yg plg cerewet, degil, melawan, merajuk xsah citer la..silap sket mula la merajuk.klau xsilap pun klau aku nak merajuk..aku merajuk juga….tp jgn xpercaya adakala aku adalah yg plg baik (ekekekeke…kankan…) tp jarang sgt…bole kira ngn jari kut!hehehee..


Tanpa kasih syg dr seorg ibu yg ku panggil mak, aku along, angah, achik dan ateh xmungkin berada ditahap dimana kami berada skrg. Syukur yg xterhingga kupanjatkan pd Allah, atas kurniaan ini. Kami dikurniakan seorg ibu yang cantik, berhati mulia, penyayang serta penyabar, pandai memasak plak tu,…hehhehee….walau sejauhmana pun kami pergi tiada masakan yg sehebat dan selazat masakan dr air tgn ibu kami yang amat kami sygi dan cintai…Hjh Hasnah Hj Ahmad…….

Selamat Ulang Tahun ke 62 buat mak…Smoga Allah panjangkan umor, bderikan kesihatan dan dimurahkan rezki untuk beribadah dgn sempurna kpdNya. Aku mohon kemaafan dr mak atas segala kesilapan dan kkekurangan dri ini, insyaAllah aku cuba menjd anak yg baik....


Akhir kata SAYANG mak & abah selamanya……



**semua sifat2 yg elok dan terpuji tu adalah tunjuk ajar dr mak dan abah..dan mana2 sifat buruk itu adalah dtg dr dri aku sndri..huuuhuhhuuhuu....byk sifat2 mak aku xwarisi….bukan saja dr segi fizikal, bahkan rohani??…aku bukan seorg yg penyabar (ni ikut abah kut…hehehehhe)….mak mmg penyabar...berlainan ngn ateh…kebykan sifat mak ada pdnya..seorg lg superwoman yg aku kagumi..caiyuk2 atehhh….ekekekeee…smoga Allah jdkan kami ber5 anak2 mak dan abah yg soleh(solehah)..Amin


Jika

Jika suatu detik nanti....



jika?.....anggerikpink

** babeh forwardkan pg td pd dear...

Ahad, 28 Disember 2008

Salam Awal Muharam 1430H


SELAMAT MEYAMBUT AWAL MUHARRAM 1430H kepada semua pembaca Antara Hati n Perasaan Swans !

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi

d petik dr : www.iLuvislam.com

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Masinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya. p/s: jgn lupa bc doa awal tahun n akhir tahun...

Doa Akhir Tahun
Perlu dibaca pada waktu asar (sebelum maghrib) 30 Zulhijjah (28 Disember 2008).
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Awal Tahun
Perlu dibaca pada waktu selepas solat maghrib (28 Disember 2008)
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Selamat Tahun baru hijriah semoga kte berhijrah ke arah yg lebih baik dan semoga kejayaan kan menjadi milik kte berkat usaha yg telah ditaburkan...amin~ikhlas dr anggerikpink

Selasa, 23 Disember 2008

Baju & crystal

da lama nak wat entry ni...tp asik xsempat ja..bila duk buka file cari documents, tbukak folder ni langsung trus upload n wat entry :D

Baju d hari raya baru2 ni....xda niat lain tp sbg tanda trima kasih pd seorang sahabat....kain pemberian dr seorg sahabat ni dtrima di kpg pd awal ramadhan (klau xsilap). mak da siap p tempah jahit..aku cam biasa tunggu masa nak pakai ja..balik sumernya da mak siapkan...tp sbb raya puasa aritu aku demam, xdan nak pakai baju raya....jd aku pakaila baju tu kat sini sbg memenuhi permintaannya..."pakai pd pagi hari raya n p masjid". Tudung tu plak mak belikan supaya matching ngn baju tu..


crystal purple ni juga dr dia ..untuk hilangkan sakit kpala dan apa lg ya? da lupa daaaa....cantek..trima kasih byk2 :D


okies..nak sambung keja smula...ehhehehhhe ..byee...(ini entry plg cepat aku pernah buat..xlebih dr 10 minit...)

Ahad, 21 Disember 2008

Gp joran

sabtu lepas ada bbq dan gp joran di miramar.......malas ja aku nak tulis kat sini...cam biasalah kan...oleh itu hayati lah panoramanya...ekekekeke


hehhhee...1st time aku pegang pancing dgn harapan nak dpt ikan....xpernah pun letak umpan kat mata kail tu(payah rupa2nya kan)..heheeh..walaupun abah n along pakar pancing..yg aku tahu makan ikan ja..hahahhaa....aku harap dpt la ikan kali ni..heheheehe....tp harapan ku musnah...rasa pancing dipagut tp aku slow sgt nak tarik..hahahhahaa...bila tarik naik umpan da slamat tp ikan xda yg sangkut...ekekeke...




mmm baldi ssapa la plak ada kat situ...aku xpahsan pun...lps balik tgk smula baru pahsan...aiseh...
sbb kat sana sungguhla panas..tp sejuk..angin haii kuat sungguh..hasilnya...kulit aku tegang sgt2..nak senyum pun rasa cam payah..hidung aku plak sampai la ni lom benti menggelupas....mmm...da abess losyen aku tepek..tp xmo jln...aku lak bukan jenis bole sapu losyen sembarangan..tu yg payah tu...jd aku biarkan saja..pakai krim yg aku pakai sebelum ni ja...ngn pencuci muka sebamed aku tuh....

mm..tarikh aku ke sana pun da confirm, insyaAllah aku kan ke sana tuk 2 bulan, walau pd awalnya 6 bulan..penginapan n flight tiket sumer sndri..pocket money pun sama...tp xpa la..nak wat camna...mmm itulah nasihat aku klau nak cari sv, kriteria yg penting adalah grant! susah nak kata..masing2 ada cabaran dan dugaan nya yg tersendri..walaupun aku rasa berat sgt tp hujung nya alhmdulillah, Allah masih kurniakan aku ruang dan petunjuk tuk penyelesaian nya...cuma tpaksa bkerja kuat byk!!!!!

Rabu, 17 Disember 2008

Diri ini

Dapat lagu ni dr seorg sahabat d U*K, skrg pun tgh belajar juga ... katanya semasa ke workshop kat S semlm, dia dgr lagu ni dlm komuter, dia suka, n mungkin dia kata aku pun suka...sbb pa..sbb aku jiwang katanya...heheheh..bertuah betul...(abess tu..dia pun suka? dia xjiwang ka?hahahaahaa). jd dia emailkan aku lagu ni..bila aku dengar n tgk lirik ni...mmm sedihnya rasa....tp aku suka!

bulan december....bulan kelahiran insan yg amat aku sygi..... ateh(10), achik dan mak....dan anak buahsulung danish (9)...ateh dan danish da lepas...achik 20 dan mak 31.....mmm xdapat nak sama2 meraikan..hanya doa aku dr jauh mengiringi kalian..lagu ni aku tujukan buat mereka yang aku sayang.....ka depa yg patut tujukan pd aku..eheheheheh..mana satu ni ya?apapun selamat ulang tahun sayang mak....ateh,achik dan danish!

lagu ni mmg cam menyentap aku ja...huhuhhuuhuu..rasa cam ada sesuatu ja dlm lagu ni..uwaaaaaaaa..makin lama dengar makin parah lak aku jdnya..kata H, lagu ni purposely dibuat untuk aku...wakakakaka....nak sedapkan hati aku ka pa ni H?adesssss pakcik imran..awatnya nyanyi lagu gni..mendayu sgt....klau la betuiii kan ...haiii.....laghooo la Cik SAA niii....

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Aku hanya ingin kau setia
kerana setia yang mencipta bahagia mu

(gambar diambil smasa hari raya qurban d rumah EN)

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya ingin kau setia
kerana setia yang mencipta bahagia mu
Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu


Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

dan akhirnya...ia mengalir lg..bukan membasahi pp da...da sampai meja skali basah daaa.....huuhuhuhu...bila nak benti ni? ****Jgnlah engkau x terbang pulang....uwaaaaa aku kan PASTI pulanggggg...xsabar ni nak pulanggg...

Selasa, 16 Disember 2008

Kehidupan

kehidupan ada peringkat nya yg tersendri...dan aku xpasti peringkat atau tahap mana yg sedang aku jalani skrg...xda mood sgt2 nak menulis sejak akhir2 ni walaupun byk perkara yg boleh diceritakan..tp aku lebih suka mengambil jalan untuk berdiam dri sahaja....berdiam bukan mengalah...berdiam pun ada hikmahnya juga kan..

gambar ni diambil di hari raya qurban drumah EN, rumah dia penuh bunga..cantik sgt2..masa duk mundar mandir ramai2 kat depan laman rumah, dpt aku perhatikan satu perkara dan aku pun berfikir....mungkin bunga ni pun melalui peringkat yang tersendri..yg paling aku suka..dapat lihat ke3-3 peringkatnya...mungkin remaja,dewasa dan emas (ekekekekeke...tua tp bharga ya..)....yg pasti sumer kan suka peringkat tengah...cantik molek..peringkat awai lak..mungkin suci dan murni...yg terakhir..walaupun jauh bezanya dr segi penampilan namun pd aku tetap cantik dan menarik...keindahan dan kecantikan itu adalah abstrak....kan..kan...



Alhmdulillah, ada sesuatu yg telah dicapai...walaupun tidak sebesar mana, dan walau masih byk yg kabur dan memeningkan kepala....aku berserah kpdNya...aku cuba yg terbaik..hanya Dia yg berkuasa dan pasti ada hikmah disebaliknya apa yg berlaku....

Ahad, 7 Disember 2008

Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha buat sumer muslimin dan muslimat. Smoga limpah rahmat serta keberkatan Allah sentiasa bersama kte walau dimana kte berada.

Indahnya sungai yang mengalir
Nyamanya angin yang beralun
Kicauan burung dipagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari

Terbayang sanak saudara
Gurauan sesama keluarga
Mesra berkunjung ruih suasana
Riang menyambut hari mulia

Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar
Rindu syahdu di hari raya


***********************


Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia

Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku

Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan 'kan ku ulang kembali

Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia

**nurul &aisyah


semoga pengorbananku ini sentiasa dirahmati Allah, dpermudahkan dr urusannya...dan kan memberikan manfaat yg xterhingga selamanya.

Isnin, 1 Disember 2008

Roses

last saturday p picnic kat botanical garden bsama Kz n Km sekeluarga, sesambil singgah posing di lady knowood roses garden..(entah betui ka dak nama nya..) malas nak cek la..ya la kut tu...besar roses nya..mcm2 warna..tp yg silap aku x wat homework, jd xtau nak posing n snap gambar terbaik dgn roses ni...nak kata jalan jauh tu xda la..sblm ni lg byk aku jalan tp kali ni abess sakit kaki,peha n betis...rasa cam bengkak...hahhahaa...da lama aku xjln jauh.tambahan plak C da xda.aku mmg xkemana2 la ni...
apa yg membuatkan aku updet blog ni adalah krn aku badmood sgt arini...entah nape...entah lah..harap2 kejap ja la...biasa kan ada masa kita akan rasa perasaan camni..jd biarkan lah aku sebnetar bersama dunia ku....







aku paling suka warna purple atau ala2 pink g2...tp dlm byk2 roses ni...putih ni la peberet aku...cantek...putih bersih..kelopaknya besar..kkdg dsebabkan besar sgt...hilang plak seri bunga tu kan...mmm entahlah...

merah nya...menyala...merah sgt2....




aku xda mood sgt2........tolongggggggggggg.....