Ahad, 7 Disember 2008

Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha buat sumer muslimin dan muslimat. Smoga limpah rahmat serta keberkatan Allah sentiasa bersama kte walau dimana kte berada.

Indahnya sungai yang mengalir
Nyamanya angin yang beralun
Kicauan burung dipagi yang dingin
Bersama terbitnya mentari

Terbayang sanak saudara
Gurauan sesama keluarga
Mesra berkunjung ruih suasana
Riang menyambut hari mulia

Kini ku di perantauan
Di kota indah dan menawan
Tapi hati rindu pada kampung halaman
Desaku yang telah di tinggalkan

Ku memohon maaf serta ampun
Salamkan ku kirim pengganti diri
Doa restu ayah serta ibu
Menjadi penawar
Rindu syahdu di hari raya


***********************


Di sekitar suria yang menyinar
Hadirnya mendung meliput cahaya
Di sebalik senyum tawa riang
Timbul tangis hiba di fajar mulia

Kekosongan melanda diriku
Bak sembilu menyayat di kalbu
Mengenang nasib diri sebatang kara
Mengharungi cabaran berliku

Takbir menusuk jiwa ku
Terkenangkan kisah-kisah lalu
Keinsafan menghantui diri
Berkekalan 'kan ku ulang kembali

Sepatah doa mengiring diri
Setitik cahaya untuk meniti
Pedoman buat di hari muka
Moga ketenangan teman yang setia

**nurul &aisyah


semoga pengorbananku ini sentiasa dirahmati Allah, dpermudahkan dr urusannya...dan kan memberikan manfaat yg xterhingga selamanya.

2 ulasan:

ladyfloppy berkata...

SALAM cT
Selamat Hari Raya.. Tabahlah menghadapi dugaan ini...

Isu hari tu dah selesai ke?

Semoga Allah SWT mudahkan segala urusan ct di sana.

Amin.

anggerikpink berkata...

salam akak...
slamat hari raya juga buat akak. tq kak...
isu masih dlm perbincangan...harap2 cepat settle..itu ja doa ct...
akak pun takecare ya