Ahad, 20 Januari 2008

Varsiti Kita

Ada sesuatu yg mengingatkan aku pd UKM pagi ni, varsiti kita. Lagu yg dinyanyikan setiap kali adanya majlis2 rasmi....aku suka sgt lagu ni. tiap kali berkumandang pasti tegak bulu roma. semasa berkumandang dalam Dectar sewaktu konvokesyen....pastinya akan menitiskan airmata....
Usaha dan takwa perlu digemblengkan bersama untuk mencipta kejayaan yang akan menjadi kebanggaan rakyat malaysia.......

I miss UKM so much....


Varsiti Kita

lihat kampusku yang tenang
Damainya alam ciptaan Tuhan
Paduan ilmu dan keimanan
amal dan jerih digabungkan

Lautan ilmu kita harungkan
Sumber ilmu berkembangan

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Bangun berbakti membela
Memupuk insan jiwa bertaqwa
Memimpin manusia semua
Kenal akan adat unggulnya

Membina negara sentiasa
Maj berilmu dan bahagia

Inilah varsiti kita
Ditengahkan hasrat rakyat kita
Dari mula untuk semua
Bagai tanda perjuangan kita

Tiada ulasan: