Ahad, 9 Mac 2008

Masa depan

Keputusan pilihan raya hari ini akan memberikan impak yang besar buat Malaysia..bukan setakat berwajah baru...namun jika diteliti dengan terperinci byk 'consequence' yg akan dihadapi kelak...yg benar2 mambuatkan aku sedih dan bimbang..aku tak pernah berfikir seserius skrg sblm ini...mungkin berada di perantauan byk mengajar aku segalanya termasuklah cara berpikir dan juga 'nasionalisme'. walaupun aku bukan dlm bidang penganalisaan politik semasa, apatah lg ilmu "sejarah" yg cukup rapuh, namun pengetahuan dan pengalaman serta pemerhatian aku sedikit sebanyak membantu aku melihat senario politik di Malaysia yg pd pendapat aku agak goyah... hari ini menyedarkan pemimpin supaya lebih bertanggungjawab ke atas setiap kepercayaan yg diberikan oleh rakyat..rakyat dah cerdik pandai...mana bisa dikelentong lagi..

Benarlah kata Tun, MELAYU MUDAH LUPA.........

dan aku mmg takpaham dgn perangai melayu.....mereka mudah alpa, mudah lupa diri, sukakan jalan pintas dan sukakan keseronokkan smata2???? (walaupun aku akui terdapat segelintir melayu yg berkaliber..tapi alangkah bagusnya jika smua melayu mempunyai kewibawaan sebegitu?) ......... aku tak mahu, tidak mahu dan tidak mahu melayu yg akhirnya akan memusnahkan melayu sndri..........mungkin perumpamaan ketam melayu dan ketam cina ada benarnya.....walauapapun

PERJUANGAN KITA BLUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyanyatkan
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina

Airmata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa TERCINTA terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabatkan dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdekakan dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliann buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercutanda BANGSAnya yang berjaya

* sebahagian petikan sajak Tun Dr Mahathir Mohamad

*aku masih ingat lagi 8 tahun lepas...sampai sekarang aku masih simpan 'print out' sajak Tun "perjuangan yang blum selesai" dan 'kertas' yang sama kini aku bawa ke Welly...aku berdoa dan berharap supaya aku tidak manjadi Melayu Islam yg mudah lupa.....amin

'Semoga Malaysia dan Melayu dan Islam terus maju, aman dan tenteram di bawah pimpinan baru'

4 ulasan:

Ajipp berkata...

memang sedih, takut dan bimbang dengan keputusan pilihanraya yang baru saja berlangsung ini...
gila punya kejutan!!

tapi apakan daya...
rakyat sudah pun bersuara...
sudah tiba masanya mereka yang diatas sana memikirkan dimana silapnya sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada mereka penggal ini...

anggerikpink berkata...

ajipp

smoga pilihanraya kali ini dapat djadikan sbg tauladan dam iktibar....mereka yg diatas sana patut mengkaji mengapa dan kenapa rakyat bertindak sebegini rupa!

Nor Ramli berkata...

suara rakyat suara keramat..
belajar dari kesilapan adalah perlu..
perubahan memang perit pada permulaannya...
jangan sampai golongan marhaen spt kita terus2an menjadi mangsa...
ironinya..
kampung dan tempat kerja epel..keduanya milik pembangkang...
yang pastinya..angin, udaranya masih sama...

anggerikpink berkata...

sudah tiba masanya utk perubahan terutamanya apabila hak2 rakyat dketepikan. Belajar dr kesilapan itu sudah menjadi satu kemestian dan apa bentuk perubahan sekalipun amat diperlukan asalkan negara, bangsa dan islam tidak tergadai! moga2 kita tidak lalai, leka dan berpuashati dgn keadaan sekarang kerana cabarannya pasti mendatang....