Rabu, 9 Julai 2008
Cinta
aku tertarik dgn petikan dari cerpen cinta ke2 di ym : terima kasih buat kaksyah.
Ya Allah, bukanlah aku mahu menyalahkan takdirMu. Dan bukan juga aku mahu menafikan hakikat yang berlaku. Rupa-rupanya aku membohongiMu Ya Allah. Tatkala aku mengaku aku mencintaimu semata, namun masih terdapat sekelumit rasa cintaku kepada yang bukan milikku.
Ya Allah, sesungguhnya telah kumungkir waktuku terdahulu dengan menjerumuskan diriku dengan cinta yang palsu. Namun hakikatnya, masih kumugkiri lagi ikrarku Ya Allah, kerana detik-detik sebelum pernikahanku, aku masih mendambakan cinta dari manusia.
Aku lupa ya Allah, bahawa pernikahan itu bukanlah segalanya. Pernikahan itu hanya membuka babak baru untuk memajukan langkah dakwah. Mungkin dengan pernikahan itu, aku akan lebih mencintai dunia dari beribadah padaMu Ya Allah. Kerana kadang-kadang godaan terbesar datang dari orang yang paling dekat denganku.
Ya Allah, aku yakin , di sana..jauh atau dekat, ada seseorang yang memang diciptakan untukku. Mungkin seperti "mamoru" atau mungkin juga lebih baik darinya. Seperkara yang pasti, tidak akan kunangis kerana lelaki lagi ya Allah! Ya Rabbal Alamin..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan